|
Saya merasa sangat kesal dengan laman web TRANUNGKITE.NET yang jelas bersikap tidak profesional dan berat sebelah dalam mengendalikan webnya. Ini berikutan pe'nyah'an kenyataan media Haji Mahfuz Omar yang disiarkan di dalam webnya pada Rabu 25 Mei 2005 pagi tetapi telah di'hilang'kan disebelah petangnya. Pada pemerhatian saya pada ketika itu, jumlah pengunjung ke kenyataan media tersebut sudah mencecah ke angka 300 sepanjang beberapa jam kenyataan media tersebut dipaparkan dalam laman web tersebut. Saya cuba mencari kenyataan media tersebut didalam arkib web tersebut, namun ianya tidak kelihatan dan hilang sama sekali.
Sebagai seorang peminat laman web alternatif, saya merasakan TRANUNGKITE.NET tidak menunjukkan kematangannya berpolitik dan menyampaikan maklumatnya didalam kerangka pembangkang. TRANUNGKITE.NET yang diketahui umum milik PAS sebuah Bahagian di Terengganu dilihat mempunyai agenda tertentu di sebalik lamannya. Dengan pembuangan kenyataan media Mahfuz Omar dilihat mereka sedang cuba untuk menaikkan calon-calon tertentu dan menidakkan calon-calon tertentu sempena muktamar ini. Dan yang pastinya perkara ini sedang berlaku.
| |
Saya merasa kesal dikala kita mencemuh media utama Negara yang dikatakan berat sebelah dan tidak bebas. TRANUNGKITE.NET selaku sebuah laman web alternatif juga bersikap serupa. Sikap double-standard inilah yang akan menhancurkan sebarang usaha ke arah keadilan dan kesejahteraan. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia dan pencinta keadilan supaya berusaha memberhentikan sikap double-standard ini dan membina politik dan budaya ilmu yang matang dan bijak di dalam gerakan pembangkang.
|