|
Kota Bharu: Dewan Pemuda Pas mahu Majlis Syura Ulama yang menjadi badan tertinggi di dalam Pas memperluaskan peranannya sejajar dengan kedudukan badan itu sebagai badan pengawal tertinggi.
Ketua Pemuda, Sallehuddin Ayub, berkata Majlis Syura Ulama bukan sahaja setakat memutuskan apakah wanita boleh bertanding atau tidak di dalam pilihan raya, tetapi perlu juga membuat keputusan mengenai isu-isu umat Islam semasa dan menangani serangan pemikiran baru ke atas agama Islam.
Katanya, Majlis Syura Ulama perlu juga berperanan lebih luas dengan menghuraikan produk perbankan, sains dan teknologi semasa, memberi perhatian dan kawalan terhadap syakhsiah ahli dan pemimpin, menjadikan majlis itu berwibawa.
Beliau berkata demikian semasa memberi ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda kali ke 46 yang belangsung di hotel Perdana malam tadi. Perasmian dilakukan Timbalan Presiden Pas, Senator Hassan Shukeri.
Katanya, amat malang bagi kita apabila pemimpin tertinggi sendiri mengabaikan aspek pengukuhan dan pemerksaaan majlis syura ini yang menjadi bentang parti.
Tambahnya, setelah 20 tahun diinstitusikan kini jelas majlis Syura Ulama masih belum mempunyai pejabat yang sempurna, lengkap dengan ‘team’ penyelidikan, kakitangan dan peralatan mencukupi.
Menurutnya, sepatutnya majlis syura sudah sepatutnya ada pusat penyelidikan hukum, kumpulan penyelidikan syariah, jurnal dan penerbitan laman sesawang (web) yang boleh diakses untuk mendapat hukum kontemporari dalam pelbagai bidang.
Bagaimana pun ketua pemuda itu tidak menolak peranan-peranan penting yang pernah disumbangkan oleh majlis itu terhadap parti. “Tapi kita mempersoalkan kelemahannya yang begitu kerata,“ tegasnya.
| |
Salehuddin juga berkata majlis itu bukan sahaja hidup segan mati tidak mahu tetapi prsoes pemerkasaan pembinaan ulama pelapis, komitmen ulama-ulama generasi baru, proses penggalian ilmu syariah, pengaplikasi hukum dengan keperluan semasa dan sebaganya turut terhenti.
“Kita bimbang sekiranya para ulama muda yang ada pada hari ni terus berasa selesa di zon selamat kerana status quo sebagai ulama akhirnya kepimpinan ulama lumpuh dan tidak akan diwarisi oleh ulama yang berwibawa,” ujar beliau.
Sementara itu dalam ucapan beliau seterusnya Sallehuddin mengkritik pemimpin Pas yang mengejar kekayaan dan suka hidup mewah yang kini sudah berjangkit pula kepada pemimpin Pas.
Katanya suatu masa dulu Pas sering mengkiritik pemimpin Umno/BN yang hidup mewah tetapi apabila mereka sedar kesilapan mereka, mereka kini sudah mula turun ke bawah menemui rakyat, tidur di rumah rakyat, bejemaah di surau, makan besila dan memandu kereta berjenama tempatan.
“Sebaliknya penyakit ego, angkuh dan mewah kini menghinggapi pula sebahagian pemimpin Pas. Ada di kalangan mereka selesa memandu kereta-kereta berjenama mewah, memakai pakaian yang anggun, membina mahligai perkasa dan tidur di hotel-hotel ternama” ujarnya lagi.
Justeru itu dalam ucapan memakan masa satu jam itu Sallehuddin berharap elemen tasauf dapat dikembangkan semula di kalangan ahli-ahli dan pemimpin Pas supaya mereka dapat memahami erti keselesaan hidup dalam penderitaan rakyat, tidak dihingapi al-wahn cintakan dunia bencikan mati. es putra
|