Idealis Mahasiswa
 
 

Parti Keadilan Rakyat bergolak lagi - Ezam Mohd Nor boikot konvokesyen


Hit = [ ]

sumber - UMNO-reform

Konvensyen Parti Keadilan Rakyat yang diadakan pada hari Ahad lalu bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, kehilangan ikon perjuangan reformasi mereka Ezam Mohd Nor. Ezam Mohd Nor yang diberitakan oleh beberapa kenalan kami memulaukan program tersebut.

Pihak kami dimaklumkan bahawa PKR sedang menghadapi krisis paling besar sejak pembebasan Anwar Ibrahim. Krisis itu bukan sekadar krisis perebutan jawatan tetapi melangkah jauh melibatkan pertubuhan informal mereka - golongan reformasi yang terlibat secara langsung memperjuangkan agenda reformasi.

Diberitakan Parti Keadilan Rakyat kini mengenepikan pejuang-pejuang reformasi yang suatu ketika dahulu dikatakan hebat menjadi pemangkin perjuangan rakyat.

Kami dimaklumkan oleh salah seorang pejuang reformasi (tanpa edit): Perjuangan Parti Keadilan Rakyat sekarang adalah untuk mereka yang mampu membeli tempat di sisi Anwar Ibrahim. Apa tidaknya jamuan sekarang bernilai beribu-ribu ringgit yang hanya mampu dibeli oleh orang berada tapi bila ianya untuk golongan reformasi - sesi minum bersama Anwar Ibrahim dibatalkan sedangkan program Black 14 di Kelab Century KONONNYA adalah untuk meraikan mereka yang pernah ditahan atau OKT.

      

Apa yang dikatakan oleh pejuang reformasi tersebut ada kebenarannya. Memang benar jamuan ringan meraikan Anwar Ibrahim dengan golongan reformasi dibatalkan kononnya kerana tidak mampu dibiaya oleh penganjur. Namun program besar-besar bersama Anwar Ibrahim, mereka mampu membeli meja dan tempat dengan kadar sehingga RM 10,000 semata-mata untuk mendapat perhatian Anwar Ibrahim.

Golongan reformasi hanya diperlukan untuk menyalak, menjerit perkataan reformasi atau memenuhi masjid dan jalanan apabila Anwar Ibrahim lalu atau membuat program. Itu sahaja kegunaan mereka. Mungkin Anwar Ibrahim tidak sedar atau tidak mahu sedar tetapi suara-suara golongan ini sudah kedengaran dengan kekesalan terhadap perbuatan beberapa kepimpinan Anwar Ibrahim yang kini lupa daratan kini menyerlah.

Merujuk kepada ketidakhadiran Ezam Mohd Nor, www.umno-reform.com telah menghubungi Ketua Penerangan Keadilan Rakyat untuk bertanyakan isu ini. En Tien Chua memaklumkan kepada kami bahawa Ezam Mohd Nor tidak memulaukan konvensyen tersebut tetapi mempunyai program keluarga berasingan. Apa pun, hakikat sebenarnya: Ezam Mohd Nor tidak hadir dan alasan yang diberikan amat rapuh sekali.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved