Idealis Mahasiswa
 
 

Jalan Maut Dibina Atas Bekas Kubur


Hit = [ ]

Oleh MOHD IZRANUDDIN JELANI
sumber: Bacaria Sabtu 21 Mei 2005

KLANG: "Jalan itu dulu bekas kubur. Tiap-Iiap lahun nakkan darah. Dah banyak yang mati. Kali ini cucu saya pula," kata Mohd Sani, Talbi, 76, datuk kepada Nur Salina Saparedi, 7, kanak-kanak tahun satu Sekolah Agama Rantau Panjang yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Shapadu Lama, baru-baru ini.

Mohd Sani memberitahu, kemalangan demi kemalangan yang berlaku mungkin kerana Lebuhraya Selat Klang Ulara (NKSB) dibina di atas kawasan tanah perkuburan.

Katanya, kubur yang telah wujud sejak 1912 itu telah dipindahkan ke kawasan berdekatan sekitar tahun 1949, pada mulanya mendapat bantahan penduduk kampung.

"Cakap kami tak didengar sedikit pun. Pernah ada yang mengatakan akan berlaku bencana di kemudian hari. Inilah jadinya," katanya.

Mengikut perangkaan polis trafik daerah ini, sejumlah 2,093 nahas dilaporkan berlaku di laluan maut itu sepanjang tempoh empat tahun sejak 2001 termasuk 44 kemalangan maut yang meragut 44 nyawa dan 253 kecederaan parah.

"Itu semua ikut perangkaan empat tahun sebelumnya. Tetapi jika hendak dikira sejak dibuka pada tahun 1985, dah banyak yang mati katak. Tidak ada siapa yang peduli," katanya lagi.

Sementara itu, seorang penghuni lama di Kampung Rantau Panjang, Mohd Aris Bion, 66, ketika ditemui berkata dia menyaksikan pemindahan kubur itu ketika berusia 9 tahun.

      

"Penduduk kampung cukup gelisah dengan kejadian itu.

Bila malam sahaja kawasan kampung cukup hening dan lolongan anjing bersahut-sahutan," ceritanya.

Mohd Aris berkata apa yang pasti kawasan itu seperti ada penunggu yang sentiasa menunggu mangsa.

"Ada sahaja darah yang tersimbah di lebuh raya ini. Pernah berlaku 10 kemalangan dalam satu hari. Kejadian itu memang susah untuk diterima akal. Jalan lurus dan bukannya ada apa-apa masalah, cuma gelap sahaja. Tetapi tempat lain pun gelap juga, tetapi tidak sehebat kemalangan yang berlaku di kawasan ini.

"Kena semah tempat itu. Sekurang-kurangnya dibacakan surah Yasin dan disedekahkan kepada si mati yang asalnya bersemadi di sini. Mana tahu semasa proses pemindahan dulu ada kepingan tulang atau rangka yang tercicir atau terlepas pandang. Jadi berhantulah tempat itu," katanya.

Seorang penduduk, Ahmad Abdul Latif @ Ahmad, 58. mahu pihak yang berkaitan agar membina sebuah jejantas pejalan kaki atau lampu isyarat bagi menjamin keselamatan terutamanya pelajar sekolah melintas jalan.

"Cuba bayangkan andai kita melihat tubuh kecil dilenyek jentera motor sebesar treler itu. Cukup tragis dan sehingga kini tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini," katanya.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved