Idealis Mahasiswa
 
 

MENTOR vs PROTEGE: Bakat atau Populariti ?


Hit = [ ]

Bacaria Sabtu 21 Mei 2005

TEDUNG tertarik dengan program baru terbitan TV3, Mentor. Program realiti terbaru ini bukan saja bertujuan untuk mencari bakat baru dalam bidang nyanyian malah turut membawa dimensi baru dalam penerbitan program realiti seumpamanya dengan kehadiran mentor terdiri daripada penyanyi popular.

Mentor-mentor ini akan melatih dan mengembangkan potensi yang ada pada setiap peserta yang terlibat. Sudah tentu ia bukan sahaja persaingan antara peserta tetapi turut menyaksikan persaingan antara mentor untuk menjadi 'sifu' yang terbaik.

      

Cuma yang tak sedapnya bila penyanyi Siti Nurhaliza turut terlibat dalam program ini. Memang bagus kerana ilmu dan pengalamannya boleh dikongsi dengan bakat muda.

Tetapi sebagai artis yang mempunyai ribuan peminat, ia memberi kelebihan kepada protegenya. Nasib protege-protege yang bertanding terletak di tangan penonton menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap. Sudah tentu peminat setia Siti tidak akan membiarkan penyanyi kesayangan mereka dan protegenya tewas. Jika menang sekalipun, akan timbul pertanyaan: adakah protegenya itu benar-benar berbakat atau sekadar bergantung menumpang populariti orang lain ?

TEDUNG: Jadi diri sendiri...





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved