Idealis Mahasiswa
 
 

Haramkan PMIUM !!!


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

SAYA ingin memberi ulasan berkenaan dengan tulisan Akhbar Mahasiswa, ruangan eksklusif, bertajuk Siasat PMIUM.

Pada saya PMIUM telah lari daripada landasan perjuangan iaitu bukan lagi sebagai wadah agama, sebaliknya telah menjadi kilang untuk melahirkan kader-kader PAS.

Berikut saya sertakan fakta-fakta yang membuktikan hujah saya. Mohd Izwan Hj Mohd Yusof bekas Presiden PMIUM sesi 2001/2, apabila tamat pengajian telah dilantik sebagai exco Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Zaharuddin Abdul Rahman, Presiden PMIUM 1999/2000, pula pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor. Semasa masih belajar beliau pernah memegang jawatan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan pernah berceramah di pentas PAS menggunakan flatform itu.

Begitu juga dengan pernah Mohd Misbahul Munir Masduki yang sekarang menjawat jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat adalah produk PMIUM, apabila beliau pernah memegang jawatan Presiden PMIUM pada sesi 1986/87.

      

Berdasarkan halatuju bekas-bekas presiden PMIUM yang berakhir dalam Dewan Pemuda PAS ini dapat dibuat kesimpulan bahawa Dewan Pemuda PAS telah berjaya mengkaderkan se penuhnya PMIUM untuk membekalkan tenaga-tenaga lepasan universiti ke dalam parti mereka.

Melalui usrah, tamrin dan baiah, maka lahir lah pemegang-pemegang jawatan dalam parti PAS seperti Mohd Izwan, Zaharuddin dan Misbahul Munir. Kerana modul usrah dan tamrin bertujuan melahirkan kader-kader parti PAS manakala ahli-ahli biasa pula diprogramkan untuk menjadi pengundi setia parti itu.

Sebab itu kita tidak terkejut, dengan tindak tanduk bekas-bekas Presiden PMIUM seperti Mohd Ramadhan Fitri Ellias (Presiden PMIUM sesi 2004/5) dan Khoirol Anwar Mat Zuki (Presiden PMIUM 2003/4), walaupun telah tamat pengajian, tetapi masih bersungguh-sungguh membantu parti PAS melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Kita dapat menjangkakan selepas ini gilirian Mohd Ramadhan Fitri dan Khoirol Anwar pula memegang jawatan dalam Dewan Pemuda PAS. Berdasarkan huraian di atas jelaslah PMIUM adalah wadah berpolitik di kampus, maka saya mencadangkan agar PMIUM diharamkan untuk mem bendung elemen anasir luar terus menular ke dalam kampus.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved