Idealis Mahasiswa
 
 

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pertubuhan bahaya!


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

PENULIS pernah mendedahkan Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) pertubuhan haram yang terlibat dengan parti pembangkang PAS. Presiden BBMN Mohd Fadly Mohd Ramly tahun 2003 yang juga bekas Presiden MPP UIA mendakwa dirinya bebas tanpa memihak pada mana-mana parti politik akhirnya menunjukkan tembelangnya dengan menjadi calon parti PAS di DUN Tioman, Pahang pada pilihanraya umum ke-11 tahun lalu. Bagaima napun Fadly Ramli gagal dalam pilihan umum tersebut.

Bagi mengukuhkan lagi BBMN maka sebelum pilihan raya umum tahun lalu satu lagi pertubuhan haram iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) diwujudkan menggabungkan semua pertubu han haram seperti GAMIS, BBMN, ISREC, DEMA, GMMI, Karisma dan lain-lain lagi.

Setiausaha kerja SMM yang pertama ialah Amin Idris mahasiswa Kuliyyah Undang-undang UIA yang kini digantung satu semester kerana melanggar peraturan universiti Akta Universiti dan Kolej universiti selain menghadapi masalah akademik.

SMM merupakan pertubuhan haram yang secara jelas menyokong pembangkang seperti PAS, keadilan dan DAP dalam gerak kerjanya. Ini terbukti dengan kenyataan SMM dalam media pembangkang seperti Harakahdaily.net, Suara Keadilan.

PMI mahu menguasai SMM

Selepas merudum di bawah kepimpinan BBMN, SMM dikuasai oleh Persatuan Maha siswa Islam. Bermula era ini Khairul Anwar Mat Juki (Mat Sabu) menjadi jurucakap utama SMM. Ini dapat dibuktikan melalui kenyataan Khairul dalam media seperti harakahdaily, dan kadangka la Berita Harian.

Keghairahan PMI mahu berkuasa diteruskan lagi oleh Mohd Ramadan Fitri Elias bekas Presiden PMIUM dan MPPUM. Selepas imejnya tercalar di atas kekalahan paling memalukan dalam sejarah PMIUM dalam pilihan raya kampus tahun lalu Ramadan Fitri mencuba nasib sebagai Jurucakap SMM pula. Tragedi Tsunami menyerlahkan keupayaan SMM dan PMI meng ambil kesempatan dan peluang meraih sokongan dengan mengumpul derma mangsa Tsunami. Mohd Ramadan Fitri Elias dan PMI tidak pernah meraikan acara berkabung dengan lilin sebelum ini akhirnya berkabung menyalakan api lilin untuk mangsa Tsunami seluruh dunia sama seperti yang dilakukan oleh kumpulan pelan cong Kristian dan rakyat Thailand yang berada di pantai Thailand berkabung untuk mangsa Tsunami.

Penulis amat percaya ini satu perubahan dan tidak pernah dilakukan oleh PMI sebelum ini. Mengapa PMI mahu menguasai SMM? Mengapa Ramadan dan Khairul Juki bersedia menjadi Jurucakap SMM? Mengapa PMI berkabung dengan menyalakan lilin sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku? Apakah kerana perpaduan? Atau PMI sudah mula bersikap terbuka?

SMM dikuasai oleh DEMA dan PBT

Walaupun PMI dilihat begitu ketara mahu menguasai SSM berdasarkan sikap mereka yang lebih menyerlah untuk membuat kenyataan di media. Sebenarnya SMM lebih dikuasai oleh DEMA dan Persatuan Bahasa Tionghua (PBT). Ahli-ahli PMI hanya menjadi alat untuk mengaburi mahasiswa dan orang ramai betapa PBT dan DEMA menguasai SMM. Bermakna DEMA dan PBT lebih bijak untuk berlindung daripada tindakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Oleh itu jika ada tindakan AUKU, PMI boleh dijadikan kambing hitam.

Demontrasi dipintu masuk USM dan lobi di Parlimen menyokong Soh Sook Hwa dari pada dibuang universiti disokong oleh parti pembangkang seperti DAP, Keadilan dan PAS semuanya didalangi oleh DEMA dan PBT. Begitu hebat mereka membela Soh Sook Hwa walaupun jelas Soh Sook Hwa melanggar AUKU kerana terlibat dengan parti Keadilan dalam pilihan raya umum ke-11 tahun lalu. Di USM DEMA dan PBT sangat berpengaruh dan mendapat tajaan dari luar sehingga berupaya mengendalikan pelbagai aktiviti termasuk mencetak risalah haram di dalam dan luar universiti.

      

SMM dan DEMA menyertai Asian Students Association (ASA)

ASA menggelarkan diri mereka sebagai persatuan yang bebas, dianggotai oleh 52 persatuan dengan penyertaan 32 buah negara Asia-Pasific. Ditubuhkan sejak 1962 dengan matlamat menyatu kan mahasiswa, berjuang untuk demokrasi, keamanaan, keadilan dan liberalisasi.

Antara negara yang terlibat ialah Iraq, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Yaman, India, Bangladesh, Bhutan, Mauritius, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Thailand, Laos, Filipina, Burma, Hongkong, Japan, Taiwan, Korea, Mongolia, Tiber, Fiji, Australia, Tonga, Timor Leste, PNGuinea dan Aotearoa.

SMM dan DEMA adalah sekretariat ASA. Pernah suatu ketika laman web dan Blog ASA mempertahankan isu Soh Sook Hwa dan menyeru ahli-ahlinya mengikuti perkembangan kes Soh Sook Hwa dalam Malaysia kini.com. DEMA misalnya akan menganjurkan Southeast Asia Women Training Camp: Women Empowerment and Emancipation pada 27 Mac hingga 2 April 2005 yang akan dihadiri 30 hingga 50 orang dari pelbagai negara.

DEMA sebagai pertubuhan haram tidak berdaftar di universiti dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan menganjurkan program bengkel dan latihan ini. Apakah tindakan universiti jika mahasiswa terlibat? Apakah usaha kerajaan menangani segala kegiatan pertubuhan haram yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara? Ideologi ASA ini lebih bahaya mirip perjuangan sosialis dan Komunis. Oleh itu kerajaan mesti memantau aktiviti gerakan ini.

Penutup

SMM dan DEMA merupakan pertubuhan haram yang menjadi Sekretariat ASA. Oleh itu fahamlah penulis mengapa Ramadan Fitri dan PMI mahu menguasai SMM. Semuanya kerana kuasa. SMM dan DEMA sudah menjadi pertubuhan antarabangsa. Dalam hal ini nampaknya pemimpin DEMA bijak.

Jurucakap SMM ialah Khairul Anuar Juki dan Mohd Ramadan Fitri hanya bersifat kambing hitam dan dalam negara sahaja tetapi DEMA dan PBT menguasai di peringkat antarabangsa. “Tarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak”.

Lebih menyedihkan pegawai-pegawai universiti tidak faham malah ada yang tidak ambil tahu dengan gerakan mahasiswa pertubuhan haram seperti DEMA dan SMM ini. Mereka tidak tahu bahawa DEMA dan SMM wujud di universiti mereka. Kalau boleh semua bukti kewujudan mereka ditutup tidak perlu dijadikan kes. Alasannya ialah berilah kebebasan kepada mahasiswa.

Matlamat peribadi lebih utama, kontrak sebagai Naib Cancelor dan Timbalan Naib Cancelor mesti disambung. Inilah bangsa intelektual universiti kita. Seperti katak di bawah tempurung dunia mereka hanya di dalam universiti.

Sangat ironis dengan nada seba gai universiti global dan menyahut seruan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved