Idealis Mahasiswa
 
 

Di mana mahasiswa ketika Anwar jumpa Yahudi ?


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

YAHUDI Zionis sudah lama menguasai Palestin. Sudah hampir 57 tahun, negara haram Israel ditubuhkan atas air mata dan darah rakyat Arab Palestin. Negara haram Yahudi tersebut bukan sahaja makin mengecil tetapi semakin membesar jajahan takluknya. Perang antara Arab dan Yahudi dalam tahun 1956 dan 1967, tidak membawa kemenangan kepada bangsa Arab dan Islam tetapi semakin merugikan. Perang 1973 pula membawa kepada pengiktirafan kepada kerajaan Yahudi oleh pihak Mesir. Dengan ini, terbantutlah perang sabil umat terhadap negara zionis tersebut kerana tanpa Mesir dalam mengetuai jentera perang maka lumpuhlah separuh dari kekuatan tentera dunia Arab.

Sentimen mahukan keadilan dan bencikan penjajahan kolonialisme bukan terhenti sahaja kepada perang bersenjata. Anak muda di tahun 70-an, juga sangat sensitif akan isu tersebut. Seorang anak muda bernama Anwar Ibrahim pernah mengepalai demonstrasi hanya kerana sebiji oren dari Haifa, Israel pernah terlepas untuk dipasarkan di sebuah pasaraya di Ampang. Begitulah anak muda di zaman dahulu.

Anak muda di hujung dekad lalu juga berani. Hanya kerana sekumpulan pasukan dari Israel bersenjatakan kayu pemukul dan bola kriket, mahasiswa berani menyuarakan rasa mual dan loya kepada mereka ini. Jangan dipijak bumi Malaysia! Bumi Palestin boleh kamu injak, tetapi jangan bumi suci Malaysia ini yang kamu pijak!

Itulah anak muda zaman dahulu. Bukan seperti sekarang. Mungkin kerana sikap masing sudah berubah. Dahulu anak muda bernama Anwar Ibrahim cukup pantang dengan oren Yahudi tetapi sekarang, Yahudi yang dahulunya beliau benci itulah yang pertama beliau kejari.Bukan Al-Ghazali atau Syafei yang beliau cari, tetapi Paul Wolfowitz dan William Cohen yang beliau temui.

Setelah dibebaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertindak menemui Yahudi-Yahudi ini sewaktu kunjungan beliau ke Amerika Syarikat baru-baru ini. Beliau telah menemui William S. Cohen,bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pada 25 Februari anjuran The Cohen Group, sebuah kumpulan Yahudi Amerika di Jacksonville, Florida.

      

Sebelum itu, beliau turut bertemu dengan Yahudi yang sama pada hari sebelumnya iaitu 24 Februari dalam satu majlis makan malam dan turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga bertindak bertemu dengan Robert E. Rubin, Director Chairman of The Executive Committee of Citigroup pada 1 Mac di ibu pejabat Citigroup yang terletak di New York.

Kesemua ini menunjukkan bahawa hilangnya kesedaran seorang yang pernah dianggap pejuang mahasiswa dan golongan tertindas terutamanya dalam perjuangan untuk Palestin. Malahan, beliau bukan setakat tidak bersama, tetapi turut menagih simpati daripada zionis laknatullah semata-mata untuk kepentingan peribadi.

Namun, lebih kesal lagi, tiada pemimpin mahasiswa Islam samada dengan nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) atau Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang menegur perbuatan yang menjolok mata ini. Tiada demonstrasi atau memorandum dihantar ke pejabat Parti Keadilan Rakyat oleh mereka ini. Tiada NGO seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM) atau Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang membantah walaupun kedua-dua persatuan ini dahulunya gagah membuat projek amal bagi menyokong perjuangan untuk Palestin.

Begitu juga, tiada seruan boikot ke atas individu tersebut dari Parti Islam Semalaysia (PAS) seperti yang pernah dilakukan mereka ke atas syaraikat-syarikat konglomerat seperti Mcdonalds, KFC dan sebagainya. Sedangkan terang individu terbabit bersetongkol dengan Yahudi. Oleh itu, kita menyeru mahasiswa supaya bangkit membantah perbuatan yang mengundang campur tangan zionis ke atas muka bumi Malaysia ini.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved