Idealis Mahasiswa
 
 

Wajah Yahudi, Suara Amerika !


Hit = [ ]

oleh MUHAMAD MAT YAKIM
sumber - Bacaria Rabu 1 Jun 2005

STAR Wars: Episode III - Revenge of The Sith, filem penghabisan dalam siri Star Wars arahan George Lucas telah mencatat angka kutipan hari pertama yang terbesar dalam sejarah perfileman dunia.

Sekalipun angka AS$50.1 juta (RM190 juta) itu hanya bagi kutipan di Amerika namun ia juga adalah gambaran bagi senario yang serupa di seluruh dunia - betapa gilanya peminat-peminat filem menanti dan tidak mahu terlepas tayangan tersebut.

Ini kerana sama seperti barangan 'Made in USA' yang lain, filem-filem terbitan Amerika tidak dianggap sebagai filem asing di hampir semua negara.

Pengaruh Amerika dalam kehidupan umat sejagat adalah sesuatu yang tidak lagi memerlukan penjelasan dan juga tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa jua pun !

Atas kesempatan itulah, Amerika dengan begitu teliti dan terancang memanfaatkan filem sebagai medium yang amat berkesan untuk membesarkan pengaruhnya ke atas penduduk dunia - terus ke dalam minda, urat nadi dan seluruh gaya hidup mereka.

Tidak cukup dengan angka kutipan hari pertama yang hanya mampu disambut dengan kata-kata "MENAKJUBKAN!" oleh Bruce Snyder, Presiden Pengedaran Domestik Twentieth Century Fox, imej watak-watak Star Wars juga telah menjadi gaya hidup baru oleh pentaksub-pentaksub filem tersebut.

Malah ribuan mereka juga telah 'berumah tangga' selama berhari-hari di pawagam untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang menonton.

Hal yang sama bahkan turut melanda peminat-peminat Star Wars di negara-negara Islam.

Di Nilai, Negeri Sembilan, seorang lelaki yang memakai sut Darth Vader telah menakutkan sekumpulan pekerja kilang wanita dengan menghampiri mereka sambil menunjukkan kemaluannya.

Intro kepada laporan berita mengenai kejadian itu juga agak menarik: "Kuasa jahat bukan sahaja menyebabkan pahlawan Jedi yang handal, Anakin Skywalker menjadi Darth Vader tetapi turut merasuk seorang lelaki yang memakai sut itu."

Filem dalam konteks Amerika bukan sekadar hiburan sebagaimana ia diterima dan menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia. Sejak berdekad lalu, filem menjadi serampang banyak mata bagi Amerika untuk menyebarkan propaganda yang di belakangnya adalah tidak lain, agenda politik dan ekonomi Zionis Yahudi !

Mungkin sekadar kebetulan, tatkala Star Wars Episode III menyerang pawagam-pawagam di seluruh dunia minggu lalu, pemimpin Zionis, Ariel Sharon berada di Washington untuk mengadakan pertemuan dengan pertubuhan-pertubuhan Yahudi Amerika.


... demi kecintaan saya kepada Israel - Natalie Portman

Salah seorang Yahudi Amerika yang berpengaruh ialah Natalie Portman, aktres kelahiran Baitul Maqdis (Jerusalem, kota suci yang menjadi rebutan Islam-Yahudi) yang memegang watak Senator Padme Amidala dalam Star Wars Episode III.

Portman bukan sekadar berdarah Yahudi bahkan juga adalah seorang Yahudi yang begitu mengambil berat akan bangsa dan tanah tumpah darahnya.

Pada tahun 2002, sebulan sebelum filem Star Wars: Episode II - Attack of the Clones memasuki pawagam, Portman dengan nada yang agak keras telah mempertahankan Yahudi Israel yang disentuh oleh seorang penuntut undang-undang di sebuah kolej, Faisal Chaudhry dalam eseinya lewat akhbar kolej berkenaan.

Portman menempelak Chaudhry yang disifatkannya sebagai cerdik tetapi tidak mempunyai cukup maklumat apabila menulis bahawa tindakan tentera Israel memusnahkan kem-kem pelarian Palestin adalah "tindakan yang bersifat perkauman oleh tentera kulit putih (Yahudi) terhadap pelarian yang berkulit coklat (Palestin)."

Aktres yang berhijrah dari tanah kelahirannya ke Amerika tatkala berusia tiga tahun itu telah bertindak tegas mengutus surat bantahan kepada editor akhbar berkenaan.

Walaupun telah bertahun-tahun berhijrah ke Amerika, Portman sentiasa mendekatkan dirinya dengan Israel. Dia juga adalah pemegang dwi kerakyatan, Amerika Syarikat dan Israel.

      

Malah dalam setahun, paling tidak dua atau tiga kali dia terbang sama ada ke Tel Aviv atau Baitul Maqdis menjalankan pelbagai projek kepada penduduk negara itu. Semasa di bangku sekolah, Portman mengikuti sistem persekolahan konservatif Yahudi "demi memelihara bahasa HebreW saya dan semangat kecintaan saya terhadap Israel."

Dalam satu kenyataan kepada Senate, Portman yang memegang watak Queen Padme Amidala dalam Star Wars II, berkata: "Sekiranya anda (Senate) tawarkan keganasan kepada puak pemisah, mereka pasti akan membalasnya dengan keganasan jua."

Lalu, majalah Time terbitan 29 April 2002 mengusik Portman dengan membandingkan kata-kata Amidala dengan pujukan Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan kepada pejuang-pejuang Palestin supaya menghentikan serangan bom berani mati. Portman ternyata tidak menyukai perbandingan itu !

Dia sendiri nyaris menjadi mangsa sewaktu bersantai di pantai Tel Aviv beberapa bulan sebelum itu apabila bom tiba-tiba meledak tidak jauh darinya. "Bila saya balik ke hotel, saya dapati 20 gadis seusia saya telah menjadi mangsa penyerang tersebut," kata Portman.

Sebagaimana unsur politik semasa dunia menjadi pati dalam siri-siri Star Wars sebelumnya, itu juga yang dapat dilihat dalam Star Wars: Episode III - Revenge of The Sith.

Kata-kata Darth Vader, Anakin Skywalker yang memberi amaran kepada guru Jedinya, Obi-Wan Kenobi: "Sama ada anda bersama saya atau menjadi musuh saya..." pasti mengingatkan mereka yang tidak menghadap filem itu sekadar untuk mencari hiburan kosong kepada kata dua George Bush kepada dunia Islam selepas tragedi 9/11 : "Sama ada anda bersama kami atau anda menentang kami dalam perang menentang keganasan !"

Catatan: Tun Dr Mahahir awal-awal lagi sudah mengingatkan dunia bahawa memerangi keganasan perlu dilakukan dengan cara mengenal pasti punca dan mencegahnya dari berlaku. Tetapi saranan itu tidak diendahkan, keganasan terus berlaku menunjukkan ada pihak yang mahukan begitu !

Memetik satu tulisan dalam sebuah akhbar tempatan berkaitan isu tersebut: "Kita (penduduk dunia) seperti tiada pilihan sama ada bersetuju menyertai Amerika dan mengikut segala sistem dan budayanya, jika tidak kita akan menjadi musuh yang diburu seumur hidup dan harus menerima tekanan dan menderita daripada kezalimannya."

Dalam konteks ini, ramai pemimpin dunia Islam dilihat terpaksa menjadi seperti Anakin - dipaksa berubah oleh keadaan untuk terus hidup dan bernaung di bawah payung kegelapan Darth Vader Amerika.

"Inilah bagaimana kebebasan telah mati !" kata Senator Padme Amidala dalam Star Wars: Episode III.

Kata-kata itu adalah yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan dunia hari ini. Rejim Zionis Yahudi yang sebangsa dengan Portmanlah yang telah menarik kebebasan itu daripada umat Islam yang mereka anggap 'goyem' (binatang) !





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved