Idealis Mahasiswa
 
 

Kes pelajar murtad gemparkan UPM !


Hit = [ ]

sumber - Tranungkite

"Assalamuaalaikum,

Diharap dari cerita ini dapat dijadikan iktibar, diingati, dan seterusnya dihebahkan kepada rakan-rakan terutama remaja yang sedang menigkat naik di mana yang kita tau ancaman Kristian semakin menjadi-jadi di Malaysia selepas kerajaan tidak mengambil langkah tegas kerana mengikut dasar Perlembagan yang mengatakan umur lebih 18 tahun ada kebebasan beragama.


Sunday, April 22, 2001 1:38 PM - Nor Safinah Zaiman

Pada hari Jumaat 19 Januari, ketika saya ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, sebelum azan Imam telah membuat pengumuman tergempar supaya bersama-sama mengadakan solat Hajat secara berjamaah kepada Norina Hamzah supaya dapat kembali kepada Islam.

Diketahui, gadis ini telah murtad dan telah meninggalkan keluarga dan telah hilang. Pada hari itu juga diketahui selepas dimaklumkan Imam yang rakan karib Norina akan berjumpa dengan beliau dan amatlah diharapkan dapat kembali kepada Islam walaupun kemungkinan besar beliau telah dibaptiskan.

Semalam hari Ahad 21 Januari, saya telah pergi sarapan dengan rakan rapat dan beliau merupakan orang kuat dalam PMIUPM. Sebelum datang beliau telah mengatakan yang ada hal penting yang nak dicakapkan. ?????????????????????????

Beliau mengatakan yang pada malam semalam, malam Ahad beliau dengan rakan seangkatan PMIUPM telah pergi ke hospital universiti di Petaling Jaya untuk pergi ke tempat Norina dilaporkan berada di satu wad dan sedang disoalsiasat oleh polis. Rakan saya ini ke hospital tersebut adalah untuk membantu rakan pelajar dari UM yang mengawasi wad tersebut sekian lama.

Di san, wad tersebut telah diawasi oleh para pelajar dari UM yang amatlah mengambil berat tetapi keadaan amatlah genting kerana bila-bila masa sahaja kejadian pertelingkahan agama boleh berlaku di mana dari jauh satu kelompok besar penganut Kristian mengawasi dari jauh.

      

Saya bertanya apakah punca si gadis Sabah bertudung labuh ini murtad, adakah kerana seperti biasa hal perihal teman lelaki. BUKANNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!??????????

Dia mengatakan yang perempuan ini murtad selepas CHATINGGGGGGGGG!!!

Saya agak terkejut dan bertanya dengan lebih lanjut dan menurut cerita, Norina telah chating dan telah mengambil ayah angkat daripada rakan chatingnya. Maaf saya tidak tahu apakah bangsa si kafir Harbi ini. Selepas berkenalan, gadis ini bersama-sama ayah angkatnya telah terbang ke Korea dan di situlah semuanya terjadi.

Apakah pengajarannya, mungkin anda mengatakan chat, chat jugak, tetapi saya harap anda berwaspada kerana ancaman Kristian bukan sahaja melalui taktik biasa iaitu cinta. Mereka akan lakukan apa saja asalkan dapat memurtadkan terutamanya orang-orang Islam. Target mereka, remaja Islam kerana mudah dikhayalkan dengan cinta dan pendek akal. Apa lagi pertubuhan mereka ini mempunyai dana yang menyalurkan wang yang banyak bagi tujuan pemurtadan.

Yang saya tahu, melalui cinta ini mereka akan berkawan dan berkahwin, si pemuda berpura-pura masuk Islam dan kemudian akan dibawa si isteri yang malang ke luar negara dan terus dibaptiskan. Saya harap berwaspadalah walaupun UPM ini sosial, namun kesedaran agamanya tinggi, TETAPI masih lagi ada kes besar seperti ini.

Anda tahu hukuman orang murtad, mereka mesti dinasihatkan supaya bertaubat 3 kali nasihat dan selepas itu jika berdegil juga, boleh dipancung di khalayak ramai.

NAUZUBILLAH…..Assalamualaikum





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved