Idealis Mahasiswa
 
 

PMRAM sudah lupa [Kolum Editor]


Hit = [ ]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saudara Editor,

Topik PMRAM vs NUMRAM 2 bulan lepas yang begitu gah di ruangan ini, namum penghujungnya penulis masih mencari pimpinan yang lantang dan intektual.

Pandangan penulis, PMRAM harus sedar walaupun sebelum ini kita dimomokkan sebagai sebuah pertubuhan haram [yang tidak diiktirafkan oleh Kerajaan Malaysia] yang persatuan yang tertua di Perlembahan Nil ini.

Penulis masih terkilan dengan dasar perjuangannya, di pihak NUMRAM pula mendakwa PMRAM melahirkan kader PAS. Manakala PMRAM pula mendakwa bahawa NUMRAM adalah UMNO. Jika dilihat dari segi pembuktian yang dikemukakan dalam beberapa episod di ruangan ini sewajarnya PMRAM lebih lama "berpolitik kepartian" dikalangan Pelajar Malaysia di sini.

PMRAM masih lupa... PMRAM tidak mengkaji secara mendalam... kenapa bermulanya pepecahan dikalangan pelajar di era 80-an. Penulis berpendapat PMRAM telah alpa dengan sikap muhibbah dan kasih sayang serta ukhuwwah yang kukuh sesama pelajar bilamana mula menumpukan kepada "Gerakan Islam" yang begitu bersemangat. Pepecahan pelajar dengan tumbuhnya pelbagai persatuan atau gerakan pelajar di era 80-an seperti NUMRAM, ABIM, PPMM sehingga ke hari ini kepelbagaian kesatuan pelajar telah wujud.

Penawanan hati dengan bibit-bibit dasar ukhuwwah dan muhibbah telah hilang sejak dari itu dan sekarang menyebabkan pepecahan pelajar. PMRAM jangan sewenang-wenangnya menafikan setiap gerak langkah ahlinya yang "menyerang" hendap ahli NUMRAM dan PPMM suatu ketika dulu. Pimpinan hanya boleh menafikan setiap perlakuan ahlinya menandakan pimpinan PMRAM tidak bersama dengan semua pelajar. Segala pembuktian sudah terang lagi bersuluh bahawa PMRAM adalah anti kepada NUMRAM.

      

Sewajarnya sikap benci membenci dengan perbezaan fikrah dan pemakaian harus diubah. Dan ingatilah pesanan Rasulullah s.a.w menerusi hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.

PMRAM harus matang dalam menangani sesuatu permasalahan pelajar, jangan mengambil short-cut. PMRAM harus profesional dalam sesuatu tindakan jangan menjadi pelampau. Sebagaimana kejadian menyerang dengan menutupi kepala Pegawai yang bertugas di rumah Selangor. PMRAM jangan berbohong dengan mengatakan PMRAM tidak masuk campur urusan anak-anak Selangor. Tetapi persoalannya, PMRAM juga pernah menjadi penaung bagi BKASM sebelum ini. Didiklah rakyat Malaysia disini dengan sikap yang hormoni dan patriotik, bukannya mendidik dengan sikap benci membenci diantara satu sama lain dan mengapi-apikan pulau memulau.

Sekian, sehingga bersua kembali.
Habbatulbarakah
Kota Kaherah.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved