Idealis Mahasiswa
 
 

Sentuhan agen asing ke atas Universiti


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

SEBELUM tulisan ini terus dibaca, elok kiranya persoalan moral diajukan: Jika ada orang menawarkan anda RM5 juta untuk menjadi agen asing bagi membekalkan maklumat strategik dan tiada siapa yang akan mengetahui, bagaimana anda memilih?

Agen itu tentunya tidak secara naif memperkenalkan diri untuk merekrut anda sebagai agennya atau memperlihatkan wajah sebenarnya. Ianya berlaku secara halus, subtle. Dalam banyak keadaan, tanpa kita sedari mereka telah merekrut kita untuk menjadi agen asing!

Di Cuba, misalnya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disuntik dana asing atas nama kebebasan bersuara, laman web ditaja untuk memperjuangkan keadilan dan bibit kemarahan kepada pemerintah ditanam atas nama membentuk masyarakat madani.

Mereka yang ‘berjuang’ atas landa san berkenaan tentunya tidak rasa bersalah kerana mereka memperjuang kan hak asasi manusia.

Dalam kajian Philip Agee yang menulis artikel bertajuk Terrorism and Civil Society as Instruments of U.S. Policy in Cuba memberikan contoh yang jelas bagaimana idea pembentukan masyarakat madani sebagai satu alat untuk menjajah tajaan Amerika Syarikat.

Dalam negara kita juga ada yang begitu ghairah dengan idea pembentukan masyarakat madani! Dana yang mereka perolehi walaupun asalnya dari Washington telah dicelup dan dibersihkan melalui tangan lain. Dalam konteks Malaysia, dana yang disuntik biasanya akan melalui negara-negara Islam yang sudah dibonekakan oleh kuasa dunia itu.

Tentu kita berasa janggal, berdosa dan bersalah jika secara terus kita diberikan dana atau kemudahan kapal terbang percuma dari Amerika Syarikat, tetapi masyarakat Islam di negara ini boleh menerima wang atau kemudahan lain yang disalurkan melalui ‘tangan ketiga.’

Ada dikatakan NGO di negara ini menerima dana asing yang kononnya bukan dari Amerika Syarikat, tetapi melalui Yayasan atau negara lain. Pentagon tidaklah sejahil itu untuk memberikan dana secara terus.

Inilah kaedah penjajahan bentuk baru.

Penjajahan konvensional senang dikenali kerana biasanya membabitkan peralatan moden ketenteraan khususnya melalui peperangan. Masyarakat kini yang berada dalam tamadun moden seakan-akan ijmak tidak menerima lagi kaedah tersebut.

Kali terakhir kita dapat menyaksikan penjajahan adalah serangan Israel melalui tangan Amerika Syarikat terhadap Iraq, kerana motif petroleum dan keselamatan Tel Aviv di Asia Barat.

Regim Saddam dimalu dan dijatuhkan hampir sekelip mata, menyebabkan tamadun Baghdad dan tempat kelahiran kebanyakan Rasul hancur musnah.

Walaupun penjajahan cara ini terpencil dan boleh digolongkan sebagai anomali, tetapi semangat penjajahan dan cubaan menjajah dalam minda kuasa besar berlaku hampir setiap masa dan melalui pelbagai kaedah halus yang dianggap bertamadun.

Menariknya kerana kaedah ini sukar dibuktikan melalui dokumen bertulis secara hitam putih dan kerana itu sukar untuk meyakinkan orang lain bahawa musuh sudah ada di dapur kita.

Kajian seorang saintis politik Amerika, Joan Roelofs yang dirakamkan dalam sebuah makalah bertajuk Foundations and Public Policy: The Mask of Pluralism, terbitan State University of New York Press, 2003 memaparkan bagaimana Yayasan telah digunakan oleh kuasa besar untuk menjajah negara lain.

Antara Yayasan yang popular dan nampak semacam membantu masyarakat dunia termasuklah Yayasan Ford, Rockefeller, Carnegie, and Bill Gates yang dalam kajian Roelofs mendapati mereka dalam masa sama mendesak negara-negara penerima dana yayasan berkenaan menerima sistem kapitalis tajaan mereka, versi mereka.

      

Ini kerana pembabitan yayasan berkenaan sangat luas termasuk dalam bidang pendidikan, kesi hatan, perkhidmatan sosial, me dia, kebidayaan, kesenian, penye lidikan dan gerakan sosial.

Dalam tahun 1997 sahaja, mereka mempunyai dana seba nyak AS$665 bilion dengan pekerja seramai 11 juta. Bayangkan, Iraq runtuh dengan hanya kira-kira AS$6 bilion sahaja, dan jika RM5 bilion sahaja digunakan untuk menjajah negara ini, senang sahaja kita tumbang.

Mengandaikan politik kita dipenuhi dengan politik wang, jika pihak asing ingin menjajah maka mereka hanya memerlukan Ringgit Malaysia empat bilion sahaja iaitu dengan peruntukan RM20 juta bagi setiap kawasan Parlimen (200 kawasan Parlimen X RM20 juta bersamaan dengan RM4 bilion atau AS$1 bilion sahaja).

Tidak hairan ada seorang veteran politik dalam satu sesi ceramahnya mengandaikan kedaulatan Malaysia akan runtuh sebelum 2020, jika politik wang terus menguasai minda rakyat dan minda pemimpin politik.

Tidak hairan juga dikhuatiri ada pihak tertentu rakyat negara ini sedang berusaha untuk mengumpulkan dana sebanyak itu untuk projek ‘menjajah’ negara ini, kononnya untuk membentuk Malaysia Baru, sama seperti Doktrin Wolfowitz: ‘The project of the New American Century.’

Perkara ini sukar dibuktikan!

Bagaimanapun, jika diteliti pergerakan agen-agen asing ini ternampak kaitan yang sangat erat dengan puncanya. Agen ini biasanya boleh menziarah Pentagon dan memp unyai hubungan erat dengan pegawai-pegawai di sana.

Selain berjumpa dengan Serigala di Pentagon, mereka juga berjumpa dengan pengurus-pengurus dana asing.

Untuk membersihkan diri daripada dosa bersekongkol dengan kuasa besar itu, agen-agen asing ini mendakwa dibayar gaji oleh negara-negara Arab, kononnya negara Islam menyokong perjuangan mereka.

Bagi menghalalkan pergerakan dan menemui dalang-dalang, universiti-universiti ternama di dunia dijadikan pentas untuk memudahkan pergerakan.

Malah, manusia seperti Wolfowitz atau serigala pernah menduduki jawatan Dekan di universiti ternama seperti Johns Hopkins University, memudahkan agen-agennya berada di universiti berkenaan.

Selain berlaku di Cuba, Amerika mempopularkan pembentukan masyarakat madani sebagai alat untuk penja jahan, mereka juga menggunakan idea-idea lain untuk menjajah negara-negara lain termasuk dengan mempopularkan idea diolog peradaban.

Sesiapa yang mendokong idea ini akan lebih mudah digerakkan ke arah agenda dan polisi yang ditetapkan Ame rika Syarikat. Intelektual yang mendokong idea ini juga akan mendapat pelukan erat Amerika Syarikat.

Agen-agen asing ini telah disuntik untuk menerima semangat dan idea popular tajaan kuasa penjajah terbabit.

Sesungguhnya, jika kita suka berkawan erat dengan ulama kita akan menjadi orang takut kepada tuhan dan jika kita berkawan dengan intelektual akan menjadi lebih bijaksana. Tetapi jika kita berkawan dengan ulama, intelektual yang mempunyai semangat menjajah, maka kita akan bersekongkol dengan penjajah atau dalam istilah agama dikenali sebagai ‘bughah’ (penderhaka negara).

Tidak syak lagi jika kita suka berkawan dengan serigala berwajah manusia, kita juga berjiwa serigala, yang sentiasa menunggu masa dan peluang untuk menggigit sesiapa sahaja.

Undang-undang Bughah (penderhaka negara) dalam mana-mana negara merupakan dosa terbesar dan selalunya dihukum mati mandotori, dan tentunya yang hukumnya lebih berat daripada seorang peliwat.

Jika seorang peliwat akan merosakkan dirinya dan orang yang diliwat sahaja, tetapi penderhaka negara akan merosakkan keseluruhan rakyat dan negara.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved