|
JIKA semua 300,000 mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bangun satu suara untuk menentang AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti), tentunya akta ini sudah lama berkubur.
Tetapi, mahasiswa dulu, kini dan mungkin selama-lamanya akan terus menikus terhadap akta ini, seolah-olah ianya seekor hantu yang perlu ditakuti tetapi tidak berani untuk berhadapan.
Aktivis mahasiswa atau politik juga hanya bertiundak seperti anjing – menyalak tetapi hasilnya sifar.
Pertubuhan haram Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 10 disember lalu hanya berani mengproklamirkan tahun 2004 sebagai Tahun Gelap Hak Asasi Mahasiswa di Malaysia.
Jurucakap SMM, Ahmad Khairul Anwar Mohd Zuki (Mat Sabu) berkata, sepanjang 2004 seramai 50 orang mahasiswa didakwa kerana disabitkan dengan kesalahan AUKU. Jika 50 orang daripada 300,000 iaitu sekitar 0.01 peratus sahaja.
Pihak universiti juga kelihatan takut untuk mengenakan tindakan yang lebih hebat berdasarkan AUKU.
Peristiwa di atas adalah sebahagian cara mahasiswa memperjuangkan isu AUKU sejak 33 tahun lalu. Bermakna sudah 33 tahun perjuangan mahasiswa memansuhkan AUKU telah gagal. Bukan sedikit demontrasi dan memorandum yang dilakukan. Malah tetap menemui kegagalan.
Mahasiswa pula masih gagal memahami akta ini. Tidak melakukan kajian malah tidak membaca akta ini. Lantas perjuangan retorika menjadi pilihan meneruskan kesinambuangan memperjuangkan isu AUKU.
Penulis pernah bertanya kepada sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang begitu bersemangat memperjuangkan AUKU, tetapi sayang kumpulan mahasiswa itu tidak mengkaji dan membaca akta itu. AUKU adalah perjuangan retorika pemimpin mahasiswa. Pemimpin mahasiswa dahulu tidak ikhlas, perjuangan mereka hanya untuk kepentingan peribadi. Hishammudin Rais, dan Anwar Ibrahim misalnya adalah antara aktivis mahasiswa lantang menentang AUKU yang gagal itu.
Anwar Ibrahim menentang AUKU
Anwar Ibrahim sewaktu menjawat jawatan Menteri Pelajaran pada tahun 1990 mengatakan bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 1975) tidak akan dimansuhkan serta diserap dalam akta pendidikan. Kata-kata beliau ini menjadi berita muka depan pada 28hb Ogos 1990 dalam Utusan Malaysia.
Dalam berita itu, beliau berkata akta itu tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang lebih utama atau penting daripada dasar pendidikan negara keseluruhannya. Universiti tidak boleh bebas sepenuhnya Anwar juga tidak bersetuju dengan kehendak universiti yang mahukan kebebasan sepenuhnya.
“Saya tidak pernah campur tangan dalam hal urusan universiti, tetapi banyak yang bercakap mengenai kebebasan atau autonomi universiti yang mahu mengenepikan dasar pendidikan dasar pendidikan negara. Mereka mahu kebebasan sepenuhnya. Ini merbahaya”
Tambah beliau “Ada yang mengugut saya bahawa jika tidak pinda akta itu sekarang, mereka akan sokong pembangkang. Saya harap mereka tidak akan berbuat demikian walaupun golongan ini kecil sahaja”.
Anwar berjaya meminda AUKU dan Akta Pendidikan pada tahun 1996. Bagaimanapun peruntukan yang dikatakan membataskan kegiatan pelajar untuk berpersatuan dan bersuara seperti juga yang telah dituntut oleh Khairul Anwar itu tetap dikekalkan.
| |
Apa agaknya pandangan Ahmad Khairul Anwar Mohd Zuki (Mat Sabu) jurucakap SMM jika ketika itu hidup sezaman dengan Anwar? Bagaimana pula rasanya kini berjuang dengan bekas aktivis mahasiswa yang mengagalkan perjuangan mahasiswa lalu? Penulis yakin Anwar yang sebagai orang yang berkuasa suatu ketika dulu sudah tentu boleh memansuhkan AUKU.
Tidak ada alasan bagi Anwar Ibrahim. Jika beliau mengatakan Dato’ Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pendidikan melarangnya memansuhkan AUKU, ketika itu Anwar adalah seorang Timbalan Perdana Menteri. Sudah tentulah beliau lebih berkuasa.
Sejarah PAS dan DAP
Hari ini isu AUKU mendapat tempat semula. Isu Sook Hwa, mahasiswa USM yang terlibat dengan pilihan raya umum ke-11, Amin Idris yang digantung di UIA, mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan ISA sering mendapat tempat dalam media pembangkang seperti Harakah dan Malaysiakini.com.
Pelbagai kenyataan dibuat. AUKU adalah akta drakonian, menyekat kebebasan minda mahasiswa, hak menyertai mana-mana parti politik, universiti sebagai zoo negara dan lain-lain lagi. namun luahan pendapat seperti ini adalah sesuatu yang biasa sejak 33 tahun lalu.
Seperti meludah ke langit terkena ke muka penulis percaya selepas mahasiswa ini mendapat tempat atau kerja di jabatan kerajaan mereka juga akan berubah seperti Anwar Ibrahim. Contoh pemimpin mahasiswa seperti ini terlalu ramai jika disenaraikan. Kini mereka menikus apabila berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) atau apa-apa jawatan di jabatan kerajaan. Mereka inilah akhirnya nanti menjadi duri dalam daging kepada kerajaan.
Sejarah juga membuktikan ketika AUKU dikemukakan kepada parlimen pada selasa 8April1975 oleh Menteri Pelajaran ketika itu,Dr Mahathir Mohamad tidak dibantah oleh wakil-wakil malah disokong oleh mereka.
Antara wakil PAS yang hadir dalam sidang parlimen ialah Nik Aziz Nik Mat (Pengkalan Chepa), Mustapha Ali (Kuala Terengganu) Hassan Adli Hj Arshad, Tuan Hj Yusof Rawa Alias (bagan Datok) dan Tuan Hj Yusof Hj Abdullah (Ulu Muda).
Sebaliknya Lim Kit Siang (Kota Melaka) Fan Yew Teng (Menglembu), Dr Tan Chee Khoon (Kepong) bangun menentang AUKU itu.
Pada dekat 90an pula PAS mahu menjadi hero kepada isu AUKU tetapi DAP pula menikus. Namun tahun 2004 selepas isu Soh Sook Hwa mahasiswa Persatuan Bahasa Tinghua dan pertubuhan haram DEMA dikenakan tindakan AUKU kerana terlibat dengan kempen pembangkang dalam pilihan raya ke-11, DAP bangun semula mempertikaikan AUKU dan membela Sook Hwa sehingga di pintu pagar USM.
Mansuhkan AUKU
Mahasiswa harus sedar, mendalami dan mengkaji akta ini. Demontrasi di jalan raya, masjid tidak akan menyelesaikan masalah ini. Jika boleh sudah tentu sejak 33 tahun lalu akta ini sudah berjaya dimansuhkan. Mahasiswa sebenarnya tidak faham tentang akta ini. Mahasiswa sudah banyak digoda dan ditipu oleh persatuan mahasiswa seperti PMIUM dan parti politik untuk mengadakan demontrasi.
|