Idealis Mahasiswa
 
 

Sertai Pertandingan Ratu Mak Nyah - Siswa lembut dihalang bergraduat


Hit = [ ]

sumber - Akhbar Mahasiswa

KUALA LUMPUR: Seorang siswa lembut dari sebuah universiti di lembah klang dihalang bergraduat kerana menyertai Pertandingan Ratu Lembut, anjuran sebuah pertubuhan haram yang menghimpunkan semua siswa lembut seluruh institusi pengajian tinggi (IPT).

Pihak universiti dikatakan mengambil tindakan berkenaan kerana pelajar berkenaan telah memalukan universiti dengan menyertai pertandingan yang tidak wajar itu, selain bercanggah dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Seorang lelaki lembut yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli berkata, tindakan universiti berkenaan bercanggah dengan hak kebebasan pelajar.

“Kita bukan melakukan perbuatan tidak senonoh atau mengadakan demostrasi politik, tetapi hanya memperagakan kecantikan kami yang ditakdirkan begini secara semula jadi.

“Jika kami tidak berkumpul sesama kami, siapa lagi yang sanggup berkawan dan mendengar masalah kami,” katanya yang kecewa dengan sikap universiti yang hanya pandai mengenakan hukuman.

Fenomena lelaki lembut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi sebagai satu ancaman kepada pihak universiti, kerana bilangannya semakin bertambah serta mempunyai rangkaian yang agak besar seluruh universiti.

      

Kini dianggarkan sesetengah universiti bilangannya mencecah 10 peratus, dan mereka selalu berhubung dengan rakan-rakan lain di universiti lain.

Rusli berkata, lelaki yang dikatakan lembut juga manusia waras seperti manusia lain yang juga mahu menjadi warganegara yang memberi manfaat kepada negara.

“Walaupun kami seperti ini, tetapi kami juga manusia. Kami juga mampu melepasi halangan untuk ke universiti kerana berkelulusan cemerlang. Malah, kebanyakan kami mendapat GPA melebihi 3.000 setiap semesta.

“Pihak universiti masih lagi berpandangan serong terhadap kami, seolah-olah kami ini pelacur,” katanya.

Rusli mencadangkan supaya pihak pentadbir selaqlu berunding dengan lelaki lembut supaya mereka memahami personaliti lelaki ini.

“Bayangkan jika ada anak-anak yang ditakdirkan lembut, apakah ada kaedah untuk mengeraskannya. Ini semula jadi dan kita mesti terima takdir tuhan. Kami bukan haiwan yang perlu dilihat secara serong,” katanya.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved