|
Mesyuarat Agong PAS Kawasan Arau, Kangar dan Padang Besar di Perlis yang akan dilangsungkan tidak lama lagi akan mencalonkan Datuk Dr Haron Din sebagai Timbalan Presiden PAS.
Isu pencalonan Dr Haron ini turut disepakati oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Haji Hashim Jasin dan Ustaz Ahmad Ali serta Dr Abdul Aziz Hanafi.
Kebanyakan dari mereka berpendapat bahawa Dr Haron wajar diberikan jawatan yang lebih kanan dalam PAS kerana sesuai dengan imej intelektual dan sederhananya yang mampu membawa PAS ke mercu kejayaan. Tambahan pula, beliau adalah 'public figure' yang amat terkenal di seluruh negara memandangkan beliau popular sebagai penceramah yang sering disiarkan dalam TV satu ketika dahulu.
| |
Walaupun pertandingan akan berlaku di peringkat jawatan mana pun dalam PAS, namun demikian pelbagai pihak tentunya tidak dapat melihat pertentangan terbuka dan pertelingkahan serta politik wang seperti Umno di kalangan calon-calon yang dicalonkan sebarang jawatan dalam PAS.
Para penyokong PAS diharap dapat beramai-ramai berkunjung ke Kelantan sempena muktamar awal Jun ini yang sedikit sebanyak mampu membantu meningkatkan ekonomi Kelantan melalui pelancongan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan di Perlis
|