|
AGENDADAILY: Di Marang sekarang… ada apa-apa gerak langkah Datuk Seri Hadi Awang ?
RAHMAN: Saya nak buka satu rahsia, Hadi menang di Rhu Rendang kerana dia banyak pengundi hantu, pengundi luar yang dibawa oleh PAS sejak tahun 1980an hingga sekarang.
Sehingga minggu lepas saya telah perolehi lebih daripada 700 orang yang dibawa dan dimasukkan di beberapa kawasan peti undi.
Saya telah dapat mengesan sebanyak enam peti undi di kawasan Rhu Rendang dan anggaran kita beliau membawa pengundi-pengundi luar ini tidak kurang daripada 2000 orang dalam parlimen Marang.
Kita akan adakan post-mortem dan pemutihan untuk melihat berapa ramai pengundi-pengundi luar yang dibawa dengan cara ini, ianya memudahkan kita untuk membuat tindakan bahawa pengundi-pengundi luar ini yang membolehkan Hadi menang.
Bagi saya PAS ini lebih membawa kepada cakap-cakap dan tidak membawa kepada pembangunan.
UMNO satu parti yang juga bercakap tapi juga membawa pembangunan. PAS lebih menekankan kepada retorik daripada hukum-hakam.
Kita satu parti yang bercakap ada juga hukum hakam dan yang lebihnya adalah pembangunan.
Sebab itu kalau bercakap macamanapun kalau ekonomi tak bagus... pembangunan tiada rakyat akan tinggal kita.
Di zaman PAS juga kita nampak banyak perkara-perkara yang begitu pesatlah yang dilakukan seperti mengkafirkan orang UMNO dan sesama Islam tapi tidak mengislamkan orang kafir.
Di zaman kita tidak ada membuang ataupun menyekat, menghalang kepada mana-mana pertubuhan yang dibawa oleh PAS, kita tidak ada tutup mana pusat tadika kanak-kanak (PASTI) di Terengganu. Kita juga tidak ada buang satu iman dan bilal walaupun mereka itu ahli PAS.
AGENDADAILY: Bagaimana Datuk melihat pengaruh Datuk Seri Hadi Awang sebagai pemimpin PAS sekarang ?
RAHMAN: Saya juga ingin menyatakan bahawa Hadi tidak mendapat tempat yang kuat di kalangan pemuda sayap partinya.
Mereka tidak menyokong hadi kerana beliau membawa kepimpinan yang begitu stereotype iaitu cara lama dengan berkhutbah, berceramah dan cakap tak serupa bikin.
Saya boleh buktikan ini… contohnya bila Hadi kata kita jadi kafir kalau kita sokong perlembagaan UMNO dan persekutuan.
Sebaliknya apabila Hadi ingin melaksanakan satu negara Islam, Dokumen Negara Islam yang dikeluarkan oleh PAS membenarkan negeri-negeri yang kurang majoriti Melayu seperti negeri-negeri di pantai barat boleh tubuh ikut cara dia tapi tertakluk kepada perlembagaan Malaysia manakala negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tertakluk kepada perlembagaan Islam.
| |
Jadi bermakna disini kalau dulu dia kata perlembagaan UMNO itu kafir kenapa dia kata mesti mengikut perlembagaan persekutuan maknanya dia boleh kafir apabila dia tak setuju dan tak sesuai dengan dia dan dia halal balik bila dia setuju dan sesuai dengan dia… inilah Hadi.
AGENDADAILY: Sebagai The Gaint Killer yang menewaskan Datuk Seri Hadi Awang di kerusi parlimen Marang ada juga cakap-cakap mengatakan kejayaan Datuk semacam tidak diiktiraf bila hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri dan tidak Menteri ?
RAHMAN: Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Soal perlantikan jawatan kerajaan adalah kuasa mutlak Perdana Menteri.
Bagi saya apa yang diberikan kepada saya... Saya tak kisah.
Sebagai Timbalan Menteri ini sudah cukup baik.
Jadi kalau ada orang kata kenapa tidak begitu dan tidak begini… saya rasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih arif untuk melantik seseorang.
Saya gunakan kedudukan jawatan ini sebaik-baik mungkin untuk membantu kerajaan, negara, masyarakat dan juga pengundi-pengundi saya di Marang.
AGENDADAILY: Bagaiamana pula dengan desas desus mengatakan Datuk tidak begitu ngam dengan Menteri Besar. Contohnya Datuk tidak diberi jawatan yang lebih stratejik dalam Badan Perhubungan Umno negeri ?
RAHMAN: Itu semua cerita dan cakap orang saja. Saya cukup senang dan saya rasa tak ada masalah, malah kita selalu berbincang boleh dikata setiap masa… saya cukup puas hati.
Tidak pernah ada pertikaian antara saya dengan MB.
Datuk Idris pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Negeri di bawah saya sebelum ini. Pada keseluruhan politik negeri Terengganu adalah mantap.
Faktor utama yang menarik dalam politik Terengganu ialah kita sentiasa berkiblatkan kepada seorang ketua... tidak seperti sesetengah negeri di mana ada dua orang yang kelihatan sama berpengaruh.
AGENDADAILY: Rakyat Terengganu cepat berubah berbanding dengan rakyat Kelantan. Mereka mengundi BN dalam pilihanraya umum lalu setelah dulunya ramai-ramai menyokong PAS. Ada juga kebimbangan mereka boleh berubah balik dengan cepat. Apa komen Datuk ?
RAHMAN: Kalau tidak ada kemajuan… rakyat melihat kita gagal maka kita akan ditinggalkan oleh rakyat.Bagaimanapun kita yakin pemerintahan BN lebih baik dari PAS.
Kita mempunyai perancangan yang teliti. Dulu bila kita kalah saja kita terus buat post mortem… kita rancang kerja selama empat tahun untuk buat perubahan. Kita tidak hidup selesa dan kita menang pun kita tidak hidup selesa… kita tetap merancang untuk memastikan kemenangan itu kekal dan merampas balik yang kalah.
|