Idealis Mahasiswa
 
 

Angkatan Muda Keadilan Semakin Lemah


Hit = [ ]

Nasional alfian <alfian_mustakim@yahoo.com>
sumber - UMNO-reform Date: Sun 03/13/05 08:48 PM

Angkatan Muda Keadilan sayap kanan Parti Keadilan di lihat semakin lemah longlai. Kalau satu masa dahulu Pemuda Keadilan di gelar panglima gagah berani tetapi kini ianya dilihat semakin longlai, lemah dan tidak bermaya.

Saya ingin menyatakan rasa gundah saya terhadap masa depan Angkatan Muda ini yang dilihat lebih banyak berpolitik daripada berjuang. Hanya seorang sahaja dari kalangan Exco Angkatan Muda pusat yang saya lihat banyak menonjol dan turut di lihat cuba menghidupkan asas perjuangan keadilan iaitu Badrul Hisham Shahrin.

Angkatan Muda di peringkat negeri juga semakin lemah gemalai terutama dengan perlantikan ketua-ketua pemuda negeri yang saya rasa cukup lemah dan tidak berbakat langsung.

Saya ingin menyuarakan rasa kurang senang saya dengan perlantikan Ketua Pemuda Keadilan Negeri Perak yang baru iaitu Muzafar Shah yang dilihat cukup lemah bukan sahaja tidak mempunyai bakat berpidato tetapi lebih banyak mengharap anggota Exco Pemuda Negeri yang sedia ada (yang turut lemah) untuk menguruskan Angkatan Muda Negeri. Saya amat terkejut dengan perlantikan ini walaupun dia merupakan salah seorang Exco Kanan Angkatan Muda Negeri dan merupakan Exco pemuda negeri paling lama memegang jawatan tetapi kalau direnung mengapa dia hanya memegang jawatan exco dan paling tinggi Naib Ketua Angkatan Muda semasa ketua-ketua pemuda negeri yang lain memegang jawatan tentu semua faham kerana dia adalah exco paling lembab. Rekod kehadiran beliau ke mesyuarat Angkatan Muda sebelum ini yang cukup buruk juga menjadi faktor yang ramai sudah mula memperkatakan isu ini. Apabila kini beliau ditawarkan jawatan ketua pemuda negeri timbul masalah tentang kehadiran mesyuarat kerana apabila di soal mengapa tidak hadir mesyuarat jawapannya mudah "alaa dah jadi ketua pemuda negeri baru nak datang mesyuarat dulu masa orang datang mesyuarat hang pegi mana" ? Saya juga merasakan keperluan Ketua angkatan muda pusat merenung tentang perkara ini. Kalau keadaan ini berterusan alamat angkatan muda perak ini hanya ada nama dan yang pasti mesyuarat angkatan muda negeri juga akan merosot dari segi kehadiran.

      

Program juga dilihat semakin berkurangan semenjak dua menjak ini entah kenapa mungkin Muzafar Shah boleh menjawab persoalan ini.

Saya ingin mencadangkan nama seperti ANUAR ZAKARIA yang kini Timbalan Ketua Angkatan muda negeri supaya mengambilalih pimpinan Angkatan Muda Perak kerana beliau dilihat lebih berwibawa dan beliau juga di peringkat bahagian merupakan Timbalan Ketua bahagian Gopeng yang mana kepimpinan beliau lebih terserlah dan mendapat sokongan majoriti ketua-ketua pemuda bahagian. Beliau dilihat seorang yang cukup aktif dalam keadilan dan juga NGO.

Saya amat berharap agar pimpinan Angkatan Muda Pusat dapat melihat isu ini secara mendalam untuk kebaikan semua pihak.

Yang Ingin Berjuang





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved