Idealis Mahasiswa
 
 

Najmil Faiz pelajar cemerlang Malaysia di UK


Hit = [ ]

dari R. Ghazali, Manchester
sumber - Agendadaily

Najmil Faiz Mohd Aris, 25, dipilih sebagai pelajar cemerlang Malaysia kerana penyelidikannya dalam bidang teknologi nano mendapat perhatian kerajaan Britain.

Najmil yang kini sedang menuntut di Leed Metropolitan University dalam pengajian Doktor Falsafah menjadi perhatian kerajaan Britain kerana penyelidikannya akan memberi sumbangan besar kepada sains dan teknologi.

      

Najmil telah dijemput ke Parliamen UK (House of Commons) untuk membentangkan hasil kajiannya berkenaan kawalan geseran ke atas sesuatu permukaan yang dilihat akan banyak membantu bidang perubatan khususnya penciptaan tulang palsu bagi membantu kes-kes kritikal.

Menurut Najmil hasil kajiannya juga boleh diaplikasikan kepada logam dalam teknologi kejuruteraan mekanikal.

Kejayaan Najmil menjadi kebanggaan Malaysia khususnya pelajar-pelajar Malaysia di UK.

      

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Malaysia di UK kepada Najmil pagi tadi di University of Manchester sempena Karnival Malaysia UK.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di UK dan Eire, Dr Syed Raisudin Syed Abdullah turut menyatakan kebanggaan beliau terhadap kejayaan Najmil.

“Najmil dalam usianya yang masih muda adalah contoh personaliti yang cemerlang kepada generasi muda Malaysia dalam konteks pembangunan sahsiah dan personaliti yang menjadi elemen penting dalam kejayaan akademik,” kata Dr Syed Raisudin.

      

“Najmil adalah hasil kejayaan sistem pendidikan Malaysia yang berkesan. Walaupun sistem pendidikan Malaysia diasaskan daripada sistem British yang kemudiannya kita improvisasikan mengikut acuan dan keperluan negara, namun kita amat bersyukur dan bangga kerana hari ini sistem pendidikan itu





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved