
Dari gambar iklan ceramah yang dipaparkan, kenalkah anda, siapakah dia Saifuddin Nasution? Bukankah beliau pernah menjawat jawatan penting dalam Keadilan? Saya pernah menulis mengenai ketidak hadiran beliau dalam Kongres PKR yang lepas. Saya menyatakan bahawa ketidak hadiran Saifuddin merugikan Keadilan. Namun mungkin juga para penyokong PKR akan menyatakan bahawa jika Saifuddin tiada dalam PKR pun masih ramai yang pandai berceramah. Namun hari demi hari, muka-muka itu juga yang muncul. Antaranya ialah Ezam dan Azmin.
Berbagai pandangan dan pendapat juga ditujukan kepada kedua-dua bekas Setiausaha sulit DSAI ini. Namun apa yang di terima sejak akhir-akhir ini ialah kecaman terhadap mereka berdua, iaitu berkaitan dengan amalan rasuah, terutamanya membina rumah hampir jutaan ringgit dikelilingi rumah para pemimpin UMNO, menggunakan kereta mewah dan macam-macam ada…….. banyak lagi kalau baca dalam Agenda daily suatu ketika dahulu dengan bukti yang dikemukakan Lokman. Memanglah, kereta tu murah sahaja, kalau murah semua rakyat Malaysia akan gunakan kereta tersebut macam beli Proton Saga???
Namun, satu perkara yang perlu PKR sedar ialah adakah para EXCO yang ada pada hari ini boleh menggantikan kehilangan kumpulan 12 yang suatu ketika dahulu memang berjaya menarik minat para pendengar sebagai media alternatif pihak Barisan Alternatif. Apakah Ketua Pemuda Kedah Muzammil boleh berceramah seorang diri? Apakah para EXCO Pemuda PKR yang ada pada hari ini boleh muncul seorang diri dengan kehadiran puluhan atau belasan ribu orang seperti di ketika dahulu? Kehilangan Lokman Nor Adam, Roslan Kassim, Zahid Mat Arip, Hamdan Taha, Adlan Benan Omar, dan beberapa nama lain juga masih menjadi perbualan kerana kelesuan PKR untuk menarik minat para pendengar ceramah untuk mendapat maklumat terkini.
PKR bukan parti Reformasi seperti kemunculannya dahulu. Sejak tercetusnya segala “kemungkaran” yang dikatakan melibat Ezam dengan beberapa EXCO pemuda lain, kini kita mengharapkan PKR muncul dengan lebih bermatlamat dan penuh berazam untuk mentadbir Negara. Memang memerlukan masa, sama juga bagaimana munculnya zaman pembaharuan di Eropah, memerlukan masa, namun bilakah munculnya masa itu jika PKR hanya bertindak macam NGO’s.
Memanglah kehilangan mereka akan ada penggantinya, namun sehingga kini masih juga belum muncul-muncul pengganti Roslan Kasim, masih juga belum muncul Lokman Nor Adam di kalangan exco pemuda, masih juga belum muncul pengganti nama-nama yang telah meninggalkan perjuangan PKR (Nama baru), masih juga belum ada sebarang ceramah dan sebagainya untuk menarik minat sebahagian besar rakyat, padahal cukup banyak isu yang perlu di ketengahkan bagi menjelaskan dengan lebih tepat lagi terutamanya isu minyak, kes Khir Toyo, kes makanan tidak halal, kes remaja dan gejala moral, kes hiburan.
PKR tidak perlu untuk bertindak sebagai NGO,s kerana peranan PKR adalah lebih besar. Media PKR pula tidak bermaya sehinggakan perlu diiklankan di Laman Marhaen. Apakah media PKR, Malaysia Today kurang pelayar???? Jika laman PKR kurang pelayar apakah Malaysia Today juga kurang pelayar sehinggakan kenyataan media perlu dihantar kepada Laman Marhaen. Ini memang tidak salah, malah menggalakkan peminat tertentu untuk melayari satu-satu laman sahaja, namun ini memberikan bahawa media itu tidak kuat, atau dengan lebih tepat lagi Media PKR tidak kukuh untuk meyakinkan para reformis yang melayari internet.
| |
PKR harus berubah dan menepati matlamat sebagai sebuah parti yang benar-benar dapat mendekati hati rakyat dan golongan Marhaen. PKR harus mampu menjana media yang dapat menarik minat masyarakat sebagaimana Laman Reformasi yang ditutup kerana tujuan Laman Reformasi adalah menentang Kezaliman Mahathir Mohammad. Bila Mahathir telah meletakkan jawatan maka Laman Reformasi sebenarnya telah berjaya mencapai satu matlamatnya.
Kini peranan media PKR perlu lebih telus dan jujur. Ke mana hilangnya penulisan KIRDATUN dalam Malaysia Today. Khabarnya arahan Azmin untuk menutup kolum tersebut yang terus disembunyikan. Kenapa?????? Takut pecah lubangkah???????
Bila kita berbincang dengan para pemimpin PKR dengan gahnya menyatakan bahawa PKR tidak akan memujuk orang yang telah keluar atau meninggalkan perjuangan. Perjuangan yang bagaimana yang akan dibawa oleh PKR di era pembebasan DSAI ? Adakah hanya memerlukan kelibat dan gahnya DSAI untuk muncul di khalayak ramai dan mengharapkan simpatisme yang telah hilang apabila DSAI dibebaskan?
Berita pula mengagungkan apa yang tidak ada dan melaporkan apa yang memang kurang terang. Berapa kali pejabat PKR Pulau Pinang berubah dan bertukar walaupun ianya merupakan negeri Presiden sendiri? Mana pula kelibat para exco baru untuk bergerak di seluruh Negara dan memperkenalkan kepada rakyat Marhaen bahawa inilah dia para EXCO pemuda gah perkasa yang akan turun ke jalanraya dan sanggup juga berjuang untuk rakyat marhaen yang dahagakan pembelaan rakyat.
Munculnya Saifudin di kalangan para pemimpin PAS memang telah banyak diketahui oleh para marhaen. Pernah juga artikel dikeluarkan kononnya beliau masih bersama Keadilan. Dan jika beliau bersama Keadilan kenapakah beliau tidak hadir di waktu pemilihan kongres parti tersebut? Khabarnya beliau terkandas di Singapura, (itu pun maklumat dari luar). Jika itu alasan yang diberikan, maka sahlah beliau sengaja menafikan dengan cara terhormat ketidak hadirannya
Kenapa pula muncul dengan program pemuda PAS. Cuba perhatikan dalam semua para pemuda PAS yang segak dan gagah perkasa, hanya Saifuddin sahaja yang mewakili pemuda PKR, atas jawatan penceramah bebas PKR???????? Mungkin Saifuddin juga akan menjawab bahawasanya, “Hanya saya seorang sahaja yang berceramah dan diminta berbuat demikian, jadinya takkan kerana saya seorang akan diletakkan pula ceramah Barisan Alternatif, pada hal saya hanya seorang sahaja wakil Keadilan”. Wakil yang bagaimana dan atas jawatan apakah beliau mewakili PKR?
Tentunya menimbulkan tanda tanya. Pernah juga MGG Pillai menulis dengan satu artikel yang menyatakan bahawa UMNO pun takut kepada parti hangat-hangat tahi ayam seperti PKR? Betulkah hangat-hangat tahi ayam? Namun jika diteliti keadaan hari ini, nampaknya betul juga kata-kata komenter dan komentaris terkenal ini. Jangan hanya syok sendiri sedangkan rakyat ternanti-nanti kemunculan yang lebih sensasi.
Jangan biar nasi menjadi basi, nanti lama-lama nak jual tak laku. Eloklah para pemimpin yang dipilih mengatur strategi turun kepada masyarakat, tunjukkan bukti pemilihan kita memang tepat dan dapat mengganti 12 ahli yang dikatakan keparat. Buktikan kita hebat dan dapat menerangkan kepada masyarakat semua musibat. Ini baru hebat. Jangan hanya mengikut DSAI baru nampak kelibat. Itu namnya EXCO hambat nak dapat. Nampaknya kena ganti Kirdatun kot..
Kiriman: Wartawan Rasmi Laman Reformasi - 18.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)
|