Idealis Mahasiswa
 
 

Heboh Diperkatakan Orang Politik dan Peminat: Normala Isteri Menteri


Hit = [ ]

oleh Zuraidah Abddul Halim
sumber - Mingguan Warta Perdana Ahad 8 Mei 2005

KUALA LUMPUR: Bekas pengacara Nona terbitan TV3, Normala Samsuddin telah mengakhiri zaman jandanya apabila menerima lamaran seorang menteri.

Menurut sumber yang layak dipercayai, selebriti dan juga pelakon terkenal itu yang digosipkan pernah dilamar oleh kerabat diraja kini difahamkan sudah membinan hidup baru dengan suaminya yang baru.

"Mereka dilaporkan mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu," kata seorang rakan yang rapat dengan menteri berkenaan.

Normala, 40, kini mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkongsiannya dengan bekas suaminya seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

Kata sumber itu, sejak mendirikan rumah tangga, Normala memberikan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anaknya serta tidak lagi mengusahakan perniagaan restoran di Kuala Lumpur dan Johor Bahru yang diusahakan bersama adik-beradiknya.

Dalam pada itu Normala sewaktu ditemui di satu majlis hiburan, baru-baru ini kelihatan bertambah manis dan ceria menggambarkan betapa bahagia rumah tangganya yang dinikmati sekarang.

Normala ketika diajukan soalan mengenai jodohnya berkata: "No comment" tetapi mengakui, dia amat bahagia dengan kehidupan yang dilalui masa ini.

Berita mengenai pernikahan Normala sering menjadi buruan media cetak dan media elektronik, kerana Normala terkenal sebagai seorang yang kuat menyimpan rahsia apabila sering timbul gosip mengenai perkahwinannya.

Sebelum ini Normala sering dikaitkan pernah menjalin hubungan dengan ramai VIP termasuklah Sultan, adik menteri dan ahli-ahli perniagaan.

Mala juga pernah bercinta dengan adik seorang menteri, yang baru-baru ini telah pun berkahwin dengan gadis pilihannya dan dia terpaksa memutuskan hubungan cinta itu gara-gara menghormati keputusan ibu kekasihnya yang tidak merestui hubungan mereka.

      

Selebriti ini yang pernah digelar sebagai Wanita Melayu Tercantik Di Dunia tetap menampakkan keanggunannya dengan fesyen pakaian yang up to date.

Malah baru-baru ini apabila timbul gosip mengenai Normala sudah berumah tangga dan berbadan dua yang disahkan oleh saudara rapatnya tetapi disangkalnya.

Menurut saudaranya itu bahawa Normala sejak mendirikan rumah tangga sering pulang ke kampungnya, di Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat, Johor Bahru.

Sementara itu, ibu saudara Mala, Aminah Koging, 65, ketika dihubungi mengakui, ada terdengar khabar angin anak saudaranya itu berkahwin. "Makcik ada tanya mak Mala dan dia sendiri mengakui ada dengar cerita tentang Mala yang dah kahwin dan sedang mengandung, tapi katanya semua itu tak betul, entahlah makcik pun tak tahu," ujarnya.

Sementara itu sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan turut mendedahkan seorang aktres pernah berdamping rapat dengan seorang kerabat diraja yang sudah mempunyai dua isteri.

Menurut akhbar berkenaan isteri keduanya pernah berdepan dengan aktres berkenaan untuk mengesahkan mengenai perhubungan mereka tetapi aktres itu tetap menyangkal keras.

Tetapi bila ditanya mengenai lawatan mereka ke luar negeri aktres itu memberitahu bahawa ia adalah lawatan untuk urusan perniagaan dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun akhbar itu dalam ruangan hiburannya menambah isteri keduanya telah menyemak bil kredit kad suaminya dan mendapati segala-galanya ditanggung oleh suaminya termasuk tiket kapal terbang dan makan. Ini membuktikan betapa rapatnya aktres itu dengan kerabat berkenaan.

Sementara itu Warta Perdana difahamkan bahawa aktres yang dimaksudkan itu ialah pelakon terkenal, Umie Aida. Namun Umie tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved