|
Azwanddin Hamzah, Exco Angkatan Muda Keadilan yang telah membuat laporan polis terhadap www.umno-reform.com yang dituduh menggunakan unsur-unsur provokatif dalam membicarakan mengenai isu Melayu Dalam Bahaya di beritakan telah di gantung dari jawatan dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan di mana-mana media.
Menurut satu email yang kami terima mesyuarat EXCO Angkatan Muda Keadilan pada 16hb April 2005, telah menggantung jawatan EXCO Azwanddin kerana tidak mendapat restu dari Ketua Pemuda beliau Ezam Mohd Nor sebelum membuat laporan polis tersebut. Beliau juga dikatakan telah melanggar prosedur parti dengan membuat kenyataan menyokong perlantikan Wolfowitz di Utusan Malaysia sedangkan Timbalan Presiden PKR secara tidak langsung telah menolak sokongan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim terhadap perlantikan Wolfowitz sebagai Presiden Bank Dunia dalam kenyataan di malaysiakini.com. Kami cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan mengenai perkara ini tetapi beliau telah menolak untuk bercakap dengan editor 1 umno-reform.com.
| |
www.umno-reform.com menyambut baik sebarang usaha untuk memartabatkan bangsa Melayu dan ternyata tindakan EXCO yang membuat laporan polis terhadap kami adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan Melayu.
Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan nafikan penggantungan
www.umno-reform.com telah menerima penafian mengenai adanya penggantungan Azwanddin Hamzah, Exco Angkatan Muda Keadilan berikutan dengan isu laporan polis terhadap laman ini dan mengenai kenyataan bercanggah antara beliau dengan Syed Husin Ali Timbalan Presdien PRK atas isu Wolfowitz. En Badrul Hisham Shaharin juga Pengarah Media Angkatan Muda memaklumkan perkara tersebut. Kami juga menerima panggilan dari Azwanddin Hamzah mengenai penafian beliau digantung. Menurut beberapa EXCO lain Angkatan Muda, memang ada kritikan dan juga perbezaan pendapat semasa mesyuarat Angkatan Muda tetapi tidak ada perbincangan atau pun tindakan penggantungan dibuat. Perbezaan pendapat adalah lumrah dan kami terbuka dalam membincangkan perkara-perkara tersebut. - laporan www.umno-reform.com
|