Idealis Mahasiswa
 
 

Sel-sel JI ‘masih merbahaya’ - Kumpulan serpihan baru terus mengambil kader baru


Hit = [ ]

sumber - Malaysia Today

JAKARTA – Mereka sudah jatuh tapi belum pupus.

Berikutan tindakan tegas serantau ke atas Jemaah Islamiah tiga tahun lalu, rangkaian tersebut hari ini berada dalam keadaan lemah dengan kejatuhan struktur arahan pusatnya.

Tetapi serpihan kelompok atau Fiah, kini beroperasi dengan sedikit koordinasi, memberi ancaman keselamatan yang lebih hebat. ‘Pakaian’ yang tidak jelas, JI juga berhubung dengan beberapa kumpulan Islam di Indonesia untuk operasi pengganas.

Martin Hughes dari Control Risks Group, perunding keselamatan global, menjelaskan: “JI kini, seperti raksaksa tidak berkepala. Tetapi itu membuatkannya lebih merbahaya kerana ia akan menyerang bila-bila masa tanpa amaran atau koordinasi.

JI dulunya dikawal oleh satu Syurah atau badan penasihat serantau. Operasi dibahagikan menurut geografi yang dipanggil Mantiqi yang termasuk Asia Tenggara dan Australia.

Ia seterusnya dibahagikan kepada elemen operasional lain seperti Wakalah dan Fiah.

Pegawai anti keganasan di Indonesia berkata bahawa dengan perkaderan generasi baru yang dilatih dalam membuat bom, sel-sel baru bercambah dan berselerakan di serata kepulauan.

Pengkalan utamanya, walau bagaimanapun, adalah di Jawa Barat, Sumatra dan Timur Indonesia, terutama di Sulawesi.

Ansyaad Mbai, yang mengetuai meja tentang pengganas di Kementerian Politik dan Keselamatan memberitahu: ”Ini merupakan kawasan di mana elemen radikal Islam yang kuat yang mempunyai sejarahnya. Mereka menawarkan pengkalan untuk perkaderan bagi operasi masa depan JI.”

Memang benar, terdapat petanda yang kian jelas bahawa jaringan tersebut sedang bersama sel militan yang lain.

Dalam serangan ke atas Kedutaan Australia September lalu, sebagai contoh, JI merancang pengeboman tersebut tetapi mengambil elemen-elemen yang agak berlainan, dari Darul Islam, yang dalam tahun 1950an memberontak terhadap kerajaan pusat kerana memperkenalkan undang-undang syariah di Indonesia.

Sumber-sumber polis mendedahkan bahawa militan JI mengambil ahli-ahli dari sekurang-kurangnya tiga kumpulan berbeza bagi serangan di ibu negara: Batalion Abu Bakar (BAB), kebanyakan ahlinya di pinggir Jakarta; berpengkalan di Jawa Barat Korps Cakrabuana; dan Angkatan Muda Islam Nusantara atau Kompi F, kumpulan serpihan dari BAB.

Kumpulan tersebut menyediakan ‘satu empangan bakat’ bagi JI merekrut sebagai pejuang berani mati.

Latihan dalam membuat bom dijalankan dalam ‘sesi satu sama satu’, kerana sesi dalam kumpulan akan menarik perhatian pihak berkuasa keselamatan, menurut sumber yang dekat dengan JI.

      

Dia juga berkata bahawa ada perancangan rapi kini mengenai perincian plot mengebom, seperti mengenalpasti pejuang berani mati, sasaran yang dipilih dan cara menyerang.

“Selepas pengeboman Marriott dalam bulan Ogos 2003, ahli-ahli JI kecewa kerana serangan tersebut telah membunuh ramai warga Indonesia. Pemikiran kini ialah bom kereta mungkin tidak begitu berkesan, dengan banyak kedutaan, hotel dan tempat-tempat hiburan dikawal rapi. Ia mungkin lebih berkesan dengan menggunakan bom yang lebih kecil.”

Katanya, kumpulan Jawa Barat di Bogor dan Banten nampak lebih berminat dengan ’bom jeket’ kerana ia mampu mempunyai impak yang maksima dalam persekitaran tertutup dengan kos yang lebih rendah.

Jelasnya, setiap serpihan Fiah, secara individu atau kelompok, nampak telah merangka perancangan masing-masing dan kerangka masa untuk serangan.

Seorang diplomat yang berpengkalan di Jakarta berkata bahawa tempoh – September ke November tahun ini sebagai November yang disebut di dalam surat oleh sel Sumatra kepada pembuat bom Azahari bin Husin – merupakan peluang untuk serangan.

“Kitaran masa bagi setiap serangan ialah 12 bulan,” katanya. Serangan yang besar, pengeboman Kedutaan Australia berlaku September lalu.

Pemantauan dilakukan ke atas dua hotel utama di Jakarta, menurut sumber terdekat kepada rangkaian tersebut.

Katanya bahawa salah satu hotel tersebut telah dibatalkan sebagai sasaran kerana ia dikunjungi oleh ramai warga Indonesia.

Yang satu lagi masih menjadi sasaran yang dipilih kerana ia mempunyai ramai warga asing.

Sumber tersebut juga berkata sementara sel JI Sumatra telah merangka pelan serangan, tiada jaminan pembuat bom tertinggi rangkaian tersebut Azahari Husin akan menggunakan mereka.

Dia dan seorang warga Malaysia Mohd Noordin Top, dilihat lebih cenderung kepada sel-sel lain di Banten, Jawa Barat.

Sementara Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan, masih dilihat sebagai pemimpin JI, dua warga Malaysia kian mengarahkan operasi.

Seperti yang ditunjukkan dalam surat kepada Azahari, November lalu, Fiah sedang mengharapkannya untuk bimbingan dan tunjuk arah.

Ansyaad memberitahu: “Secara ideologi, serpihan ini sedang bersedia untuk satu serangan tetapi mereka dalam keadaan kelam-kabut dan mencari-cari kepimpinan operasi.

“Azahari dan Noordin Top mungkin telah mengisi kekosongan tersebut dengan berurusan dengan satu kumpulan serpihan secara ad-hoc.”





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved