|
Sungguhpun kumpulan tertentu giat untuk menonjolkan tokoh lain sebagai calon-calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang kononnya lebih wibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum. Akhirnya ada juga di kalangan kita yang benar-benar merupakan pejuang Islam dan menolak usaha dewa-dewa politik untuk menjatuhkan Tuan Haji Hassan Shukri daripada jawatan Timbalan Presiden.
Tindakan Kawasan Ampang dan Wangsa Maju mencalonkan Tuan Haji Hassan bagi mengekalkan jawatan Timbalan Presiden mencerminkan bahawa masih ada pemimpin kawasan yang tidak mengikut membabi buta dan terpengaruh dengan kegilaan untuk menang pilihan raya semata-mata.
Seperti yang selalu laman ini tegaskan, bahawa perjuangan lebih penting, kemenangan adalah perkara kedua. Apa guna kita menang pilihan raya jika prinsip perjuangan perlu digadaikan ?
Orang mungkin bertanya, apa guna berjuang jika tidak menang? Dan apa boleh kita buat jika tidak menang ?
| |
Jika kita tidak menang dalam pilihan raya pun, sekurang-kurangnya kita menjadi agen pengimbang kepada parti pemerintah dalam memastikan perjuangan Islam kita turut diambil kira.
Namun jika kita menang dengan menggadaikan prinsip, pastinya kemenangan itu sudah tidak bererti. Malahan kita tidak boleh melaksanakan prinsip perjuangan yang kita telah ketepikan itu. Ini kerana rakyat akan menuntut apa yang dijanjikan dalam pilihan raya. Kalau kita telah berjanji untuk mengenepikan perjuangan asal kita, bagaimana kita mahu laksanakan ?
Sesunngguhnya tahniah juga kepada Pas Ampang yang mencalonkan Dalam mesyuarat kawasan pada 15 April lalu, PAS Ampang juga turut mencalonkan Hj Mahfuz Omar, Husam Musa dan Ustaz Taib Azamuddin sebagai Naib Presiden.
|