Idealis Mahasiswa
 
 

Waspada lakonan Wolfowitz


Hit = [ ]

oleh MUHAMAD MAT YAKIM
sumber: Bacaria Rabu 27/4/2005

PAUL Wolfowitz yang diisytihar sebagai preslden baru Bank Dunia berkuatkuasa 1 Jun depan digambarkan sebagai seorang tokoh yang gemar bersosial dan pandai mengambil hati orang di sekelilingnya.

Semasa menjadi Duta Besar AS ke Indonesia antara tahun 1986 hingga 1989, beliau adalah duta asing yang paling rapat dengan Presiden Suharto.

Bukti kehandalan Wolfowitz, hanya selepas beberapa bulan menghirup udara Jakarta, beliau sudah mampu menguasai bahasa Indonesia. Isterinya, Karen bertutur dalam bahasa Jawa dengan penduduk tempatan malah pandai pula menari tarian tradisional Serimpi.

Dalam satu pertandingan memasak anjuran majalah Femina, Karen mendapat tempat ketiga dengan resipi masakan tradisional. Ini membuatkan dia dan suaminya menjadi pasangan duta yang paling popular di Jakarta waktu itu.

Adakah kebolehan dan kemampuan pasangan itu sekadar kebetulan atau pun sesuatu yang memang dirancang ?

Deborah Hunter, seorang sarjana pengajian Asia Tenggara di Universiti Cornell, Chicago di mana Wolfowitz memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang sains politik pada tahun 1972 dalam kunjungannya ke Indonesia baru-baru ini sempat bersembang dengan seorang sarjana tempatan mengenai Wolfowitz.

Kepada Hunter, Prof Djoko memberitahu, sepanjang tiga tahun berada di Jakarta, Wolfowitz sememangnya begitu dihormati oleh segenap lapisan masyarakat negara itu. "Tapi kini, kami berasa sangat kecewa apabila dia begitu berperanan dalam Perang Iraq. Dia seorang penipu besar: kata Djoko.

Sememangnya kekecewaan Prof Djoko bukan dirasai oleh rakyat Indonesia sahaja tapi seluruh umat Islam. Tiada siapa yang boleh berbohong bahawa angkara Wolfowitzlah, rakyat Iraq hidup sengsara sehingga hari ini.

Dengan kedudukannya sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan AS. Beliaulah yang memberitahu bosnya, Donald Rumsfeld dan Presiden George Bush bahawa Iraq kononnya menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang akhirnya didapati dusta semata-mata !

Nyawa

Bagaimanapun ketika pembohongan Wolfowitz disedari. Iraq sudah jadi 'padang jarak, padang tekukur'. Beratus ribu nyawa yang tidak berdosa melayang begitu saja.

Maka amat tepatlah Woifowitz digelar 'Si Pencincang Daging Orang Arab' dan amat malanglah bagi umat Islam apabila beliau dilantik mengetuai bank yang menjadi pergantungan penduduk-penduduk negara Dunia Ketiga.

Perlantikannya juga dianggap memberi kemenangan total kepada Israel dan umat Yahudi di seluruh dunia kerana Wolfowitz sendiri adalah seorang Yahudi.

Melihat semua ini, tidak syak lagi bahawa apa yang dilakukannya selama ini termasuk sikap 'mesra rakyat' yang ditunjukkannya semasa menjadi duta di Indonesia adalah semata-mata lakonan. Harus diingat, Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia yang ketika itu berada dalam keadaan aman dan amat tepat sekali untuk menjadi pentas awal persembahan Wolfowitz.

Hanya beberapa tahun selepas beliau meninggalkan Jakarta, Indonesia berubah menjadi huru hara hingga memaksa Suharto sendiri turun dari takhta 33 tahunnya.

Sebelum ke Jakarta, Wolfowitz adalah Penolong Setiausaha Bahagian Timur Jauh dan Pasifik Jabatan Pertahanan AS. Latar belakang ini membuktikan bahawa beliau diutus ke Jakarta dengan misi khas untuk melemahkan negara umat Islam terbesar itu sebagai agenda baru AS pasca Perang Dingin. Dan di bawah pentadbirannya, Jakarta muncul sebagai pejabat diplomatik terbaik AS di luar negara.

      

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Wolfowitz bukan perkara baru dalam strategi penjajahan. Malah ini juga adalah pengalaman kedua buat Indonesia.

Semasa penjajahan Belanda, Snouck Hurgonje adalah seorang tokoh yang amat dihormati oleh rakyat tempatan. Anak dan cucu kepada keluarga paderi Kristian, Hurgonje sejak remaja sudah menjalani proses indoktrinasi untuk menjadi pendakwah dan penjajah.

Beliau mendalami ilmu teologi di Universiti Leiden selain mempelajari bahasa Arab untuk melaksanakan misi jangka panjangnya.

Ajaran

Pada tahun 1884, Snouck ke Mekah untuk mendalami ajaran Islam pula. Oleh kerana ada larangan bagi bukan Islam untuk memasuki kota suci itu, beliau berpura-pura memeluk Islam dengan nama baru, Abdul Ghaffar.

Sepanjang berada di Mekah, Snouck melakukan ibadat sebagaimana umat Islam lain malah bersolat lima waktu di dalam Masjidil Haram. Snouck juga berdamping rapat dengan ulama-ulama Islam terutama yanq berasal dari Nusantara untuk lebih memahami hati nurani umat yang bakal dijajahnya. Antara yang rapat dengannya Habib Abdurrahman Az-Zahir, seorang ulama berketurunan Arab yang pernah menjadi pentadbir di Aceh.

Habib Abdurrahman telah menghadiahkan Snouck beberapa naskhah kajiannya mengenai hal ehwal umat Islam nusantara yang kemudian menjadi modal yang amat lumayan bagi Snouck untuk menjalankan misi Kristinisasinya.

Kahwin

Snouck memanjangkan naskhah tersebut kepada kerajaan Belanda malah turut menawarkan diri untuk turun padang melaksanakan tugasan itu.

Pada tahun 1889, beliau berangkat ke nusantara. Setelah berjaya menjinakkan masyarakat tempatan, Snouck berkahwin dengan Sangkana, anak tunggal penghulu besar Ciamis, Raden Haji Muhammad Taib. Dari perkahwinan itu, beliau mendapat empat orang anak.

Pada tahun 1895, Sangkana meninggal dunia dan tiga tahun kemudian, Snouck berkahwin pula dengan Siti Sadiyah, anak naib penghulu Kota Bandung, Haji Muhammad Soeb.

Demi melaksanakan misinya, perkahwinan bukanlah sesuatu yang mustahil bagi misioner seperti Snouck. Lihat sajalah wanita-wanita yang dinikahinya, kedua-duanya adalah anak kepada pemimpin-pemimpin masyarakat yang berpengaruh.

Setelah kembali ke Belanda, pada tahun 1910, Snouck berkahwin lagi buat kali ketiga dengan gadis sebangsanya, Ida Maria.

Hasil dari usaha Snouck itulah, penjajah Belanda kemudiannya berjaya mengatasi tentangan-tentangan daripada anak-anak watan. Malah cengkaman pengaruh Kristian juga menjadi semakin utuh di negara itu.

Dua peristiwa tersebut telah meninggalkan kesan luka yang amat dalam bagi umat Islam.

Mahukah kita jatuh lagi dalam lubang yang sama buat kali ketiga ? Berwaspadalah. Wolfowitz mungkin jelmaan semula Hurgonje di alaf baru ini.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved