Idealis Mahasiswa
 
 

Karpal: Ulasan Kehakiman Liwat Bercanggah Dengan Pembebasan Anwar


Hit = [ ]

sumber - Suara PRM

Pada 13 September 2004, pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa yang seorang hakim Mahkamah Persekutuan menyangkal dirinya sendiri, apabila menyatakan terdapat bukti menunjukkan Anwar terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual, ketika membebaskan ahli politik itu dari kesalahan meliwat.

Dalam satu kenyataan akhbar, Karpal menggesa Hakim Mahkamah Persekutuan Abdul Hamid Mohamed untuk memadamkan kata-kata yang beliau buat dalam penghakiman 89 muka surat beliau, demi keadilan dan peluang yang sama untuk semua.

“Komen tersebut telah menyebabkan golongan-golongan tertentu mengatakan yang Anwar sebenarnya bersalah atas dakwaan homoseksual tetapi telah dibebaskan semata-mata atas sebab teknikal, sedangkan itu bukan hal yang sebenarnya dalam undang-undang,” ujar Karpal, seorang peguam berpengalaman yang mewakili Anwar.

“Beliau (Anwar) bukan dibebaskan atas sebab teknikal, tetapi atas merit kes disebabkan pihak pendakwa gagal membuktikan kesnya terhadap Anwar mengatasi keraguan munasabah.”

Dalam ringkasan penghakimannya, Hakim Abdul Hamid (gambar) telah mencatatkan yang ‘… terdapat bukti untuk mengesahkan yang pihak perayu terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual dan kami lebih cenderung untuk mempercayai yang dakwaan kejadian di Tivoli Villa memang berlaku pada suatu ketika’.

Ulasan ini kemudiannya dibataskan: “Bagaimanapun mahkamah hanya boleh mensabitkan perayu-perayu jika pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kesalahan-kesalahan yang didakwa seperti di dalam pertuduhan, melebihi keraguan yang munasabah, berdasarkan bukti yang diterima dan sejajar dengan prinsip undang-undang yang rasmi.”

Karpal menegaskan yang komen terdahulu hakim tidak boleh dipertahankan kerana ia merosakkan bila berhadapan dengan keputusan untuk membebas dan melepaskan kedua-dua Anwar dan tertuduh bersama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

      

Menurut beliau walaupun mahkamah bebas untuk membuat ulasan-ulasan kehakiman dalam menyampaikan penghakiman, komen tersebut tidak boleh meninggalkan kesan yang ketara atas inti pati pertuduhan

“Persoalan secara terus di hadapan Mahkamah Persekutuan ialah sama ada Anwar dan Sukma bersalah tentang aktiviti-aktiviti homoseksual. Itu merupakan pertuduhan yang mereka hadapi.

“Oleh itu, dalam undang-undang, Mahkamah Persekutuan tidak boleh membuat ulasan yang wujud bukti untuk mengesahkan mereka terlibat di dalam aktiviti-aktiviti homoseksual. Ulasan tersebut tidak boleh wujud bersama dengan keputusan mahkamah membenarkan rayuan.”

Karpal menafikan yang komen beliau timbul selepas memikirkan semasak-masaknya berikutan pelbagai laporan media yang telah menonjolkan aspek berkenaan dalam penghakiman.

“Saya telah mengkaji perkara ini buat beberapa ketika tetapi saya fikir untuk membangkitkannya setelah Anwar pulang dari menjalani rawatan di Jerman. Tambahan lagi, orang ramai telah membuat beberapa kenyataan atas perkara tersebut dan beliau masih lagi berada di luar negara. Saya tidak boleh berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa,” beliau berkata.

Menurut beliau para peguam Anwar mungkin akan membuat permohonan rasmi melalui prosidur mahkamah biasa jika ulasan berkenaan tidak ditarik semula secara sukarela.

“Tetapi semua ini bergantung kepada perbincangan sebenar dengan Anwar sendiri. Saya masih belum berpeluang untuk berbincang mengenainya dengan beliau,” Karpal menambah.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved