|
Beberapa penulisan dalam internet mempersoalkan pernyataan Haji Hassan bin Haji Shukri, Naib Presiden PAS, seorang senator (tiket Trengganu), ulama lulusan Universiti Baghdad, penyumbang tenaga untuk hukum hudud dan negara Islam Malaysia (tenaga utama ?) tentang pembebasan Datuk Sri Anwar bin Haji Ibrahim sekarang.
Hassan antara lain berkata:
"Kita jangan terlalu laju dalam menerajui isu Anwar kerana jika diteliti secara betul-betul, tuduhan ke atas Anwar, dia tetap bersalah, cuma keraguan berlaku tentang tarikh kejadian. Sebab itu dia (Anwar) terlepas. Jika mahkamah bertindak semula, ini akan mengaibkan PAS"
Kami dengan beberapa orang kawan yang beragama Islam, terutama yang mengikuti proses pembentukan negara Islam dengan perkenalan perlembagaan dan HUKUM HUDUD maka. Maka kami ingin mendapat jawapan terhadap beberapa pertanyaan, antara lainnya sebagai berikut:
Apa pandangan Tuan Haji Hassan tentang kedudukan Badan Kehakiman Malaysia dari segi Islam (Ahlussunnah wal-jamaah) dan PAS ? Terutama jika terdapat perbedzaan fahaman Islam dalam PAS ?
Apa dasar hukum hakam mengenai tuduhan zina termasuk bab liwat ? Ini termasuk semua sudut: kewibawaan hakim, tuduhan, penduduh, pembela, saksi dan juga kewibawan tiga badan tria-politica negara terpenting ?
Apakah Tuan Hassan Haji Shukri ini secara peribadi berfahaman sekular yang dibentuk oleh tingkah laku politik atau ada unsur "profit from it" ?
Apakah Tuan Haji Hassan Haji Hassan mengikuti dan membaca semua penulisan dari pihak pembela baik yang disebutkan di mahakamah dan juga di luar mahkamah? Begitu juga apakah tuan tahu atau pernah membaca tentang pendapat Alm. Tan Sri Harun Hashim yang siang-siang menolak cara dakwaan yang berlaku.
Apakah tuan memberi ketentuan dengan menolak pembelaan Anwar dan dengan demikian memperlihatkan kehebatan tuan sebagai seorang hakim Islam dalam Parti ISLAM Se Malaysia atau itukah bayangan bentuk badan kehakiman dalam negara Islam yang PAS/tuan perjuangkan selama ini ?
Pendek kata, jika tuan sebagai pemimpin atau hakim atau peguam dalam negara Islam Malaysia perjuangan PAS maka segala keterangan pihak penuduh/pendakwa yang demikain rupa latar belakang mereka apakah dakwaan itu dapat diterima pakai ?
| |
Apakah tuan menolak semua buku dan penulisan tentang pembelaan terhadap Anwar yang ditulis antara lain oleh Presiden PAS, Tuan Haji Abdul Hadi bin Awang, penulisan dalam Harakah dan lain-lainnya ?
Apakah Haji Hassan Shukri sanggup dibelasah 80 kali bersama dengan penuduh/pendakwa dengan pendukungnya dan orang-orang yang menyokong Haji Hassan kelak di akhirat [mungkin di dunia lagi ada kifarat secara jasmani atau rohani. Allah Yang Mengetahui kerana tidak menyediakan bukti empat orang saksi berwibawa dalam tuduhan berkenaan ?
Tuan mendapat upah/gaji sebagai senator (peluang diberi oleh PAS Trengganu) untuk bercakap dalam Dewan Negara. Apa isu terpenting yang pernah tuan diketengahkan ? Sebab kami tidak dapat membaca Harakah setiap kali keluarannya.
APAKAH PERNYATAAN HAJI HASSAN ITU SUATU MAQAM BIJAKSANA ATAU PUN BIJAKSINI POLITIK YANG HANYA BERTARAF JUALAN PASAR LAMBAK ATAU BARANGAN "LEFT OVER" DARI SUPER MARKET ?
ALLAH lebih mengetahui apa yang ditentukan untuk hambaNya. Sebab Allah memperingatkan bahwa jika sesuatu yang batil atau tidak benar itu [orang atau kumpulan] Allah menarik [sedikit] unsur kebijaksaan mereka. Jadi, jika tuduhan seperti yang dilarang Allah itu diserupakan gading terbaik, tetapi gading mana yang tidak retak ?
Dia menerangkan sebenarnya dan Dia-lah sebaik-baik memberi keputusan. Al-An'am 57
Perhatikanlah bagaimana mereka mendustakan atas diri mereka sendiri dan telah hilang apa yang mereka ada-adakan itu. Al-An'am 24.
"dan telah sempurnalah kalimat (rabbika) Tuhanmu (al-Quran) dengan kebenaran dan keadilan. Tidak ada yang dapat merobah-robah kalimatNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
"Seterusnya kami ingin melihat tafsiran bagi mereka yang bercakap atas nama Allah dan Rasul yang mendapat upah yang lumayan (lihat surah Al An'am 90 dan Yasin ayat 21)"
SEMOGA KITA TIDAK SESAT DAN DISESATKAN. BAGI PEMIMPIN JADIKANLAH DIRI SEBAGAI AIR MUTLAQ YANG SUCI LAGI MENYUCIKAN.
|