|
Lajnah Penerangan dan Dakwah adalah sebuah lajnah yang sangat penting dalam PAS. Ianya boleh disifatkan sebagai lidah utama parti kerana apabila mana-mana ahli yang diamanahkan kejawatan Ketua Penerangan ini, maka secara automatic menjadi CEO kepada akhbar rasmi PAS iaitu HARAKAH. Menyorot kembali jatuh bangunnya lajnah ini dalam PAS sepanjang 10 tahun sebelum ini memerlukan satu penghisbahan.
Ketika Almarhum Ustaz Fadhil Noor melantik Ustaz Omar Mohammad sebagai Ketua Penerangan bagi sessi sekitar 90an. Harapan yang diberikan sangat tinggi, ini adalah kerana beliau (Omar Mohammad) adalah Exco Kerajaan Kelantan. Harapan tersebut tidak kesampaian apabila lajnah penerangan kelihatan pejal dan statik. Beliau seolah-olah dilihat sebagai Ketua Penerangan Negeri Kelantan semata-mata, turun dan bertemu dengan pengundi-pengundi Kelantan dan lupa bahawa tugasnya sepatutnya melampaui sempadan Kelantan dan Perupuk
Namun setelah Muktamar PAS Pusat 2001-2003, YB Ustaz Azizan Razak telah dilantik untuk mengepalai Lajnah Penerangan dan Dakwah sekaligus menakhodai akbar Harakah. Namun harapan tinggal harapan apabila kerja-kerja penerangan hanya berkisar sekadar berita di Harakah dan sesuku muka surat tulisan beliau didalamnya. Ahli bawahan masih menagih suara dan ayat-ayat semangat beliau untuk turun bersama ahli dan rakyat marhean. Mungkin kerana kereta Mercedesnya yang dibeli dari Pengarah Urusan Harakah tidak sudi untuk menjejak habuk dan Lumpur di kawasan-kawasan pedalaman Negara.
Ketika sesi beliaulah kerajaan BN mula bertindak dengan mengharamkan tradisi demokrasi Negara iaitu ‘Hak Bersuara’. Ceramah-ceramah umum dihalangan dan disekat, gerakan penerangan parti seakan diserang angin ahmar, ahli pada ketika itu mengharapkan kepimpian Pas membuat sesuatu ketetapan dan tindakan, pemidato-pemidato seperti Dr Hatta, Mohd Sabu, Ustaz Nasarudin pernah di bawa ke balai polis kerana mempertahan hak ini. Rata-rata ahli meneropong ke mana perginya Ketua Penerangan Pas Pusat yang sepatutnya mendepani isu ini. Beliau seperti kehilangan roh ketika parti dan ahli bertempur dengan pihak keselamatan dan sibuk dengan ‘kepesuruhjayaan’ nya di Kedah sahaja.
Teraju PAS diambil alih oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 2003-2005 selepas pemergian Ustaz Fadhil Noor, muktamar yang penuh kehangatan itu telah membariskan saf baru yang dilihat dapat mengimbangi kepimpinan dahulu diantara ulama dan professional. Dato Dr Harun Din telah dilantik menjadi Ketua PenerangPAS Pusat setelah beliau menarik diri dari bertanding jawatan-jawatan dalam muktamar tersebut. Satu harapan baru telah diberikan oleh ahli terhadap beliau. Imej beliau sebagai ulama berstatus professional dilihat dapat membawa perubahan kepada perjalanan penerangan parti dan pengendalian Harakah amnya. Ceramah-ceramah menjadi medan utama beliau menjalankan tugasnya. Kakitangan Harakah menjadi bersemangat apabila mendapat ketua baru, pertemuan demi pertemuan dianjurkan diantara kakitangan dengannya. Lajnah Penerangan dan Dakwah juga mula mengorak langkah dengan memanggil semua Ketua Penerangan Negeri dan Dewan-dewan. Sayang seribu kali saying, segala perancangan, pertemuan dan harapan ahli sekali lagi berderai apabila Dato’ Harun Din sering gagal memenuhi jemputan dan perancangan ahli. Kegagalannya bukanlah disengajakan tetapi masalah kesihatan beliau. Dato’ Harun Din yang telah 3 kali menjalani rawatan kesihatannya telah menghadkan penglibatanya sebagai Ketua Penerangan.
| |
Maka sudah masanya PAS dan ahlinya berani berubah dengan mengingatkan kepimpinan akan peri pentingnya lajnah penerangan ini. Ahli Pas tidak perlu kepada imej hebat pemimpin mereka. Ahli Pas perlu mengambil asas gerakan penerangan iaitu mempertahankan prinsip demokrasi ‘hak bersuara’ yang menjadi alat Penerangan Pas menyampaikan mesejnya kepada ahli dan rakyat. Kesanggupan pemimpina bersama ahli bawahan juga adalah satu faktor utama. Cabaran Penerangan pada masa akan datang sangat tinggi, ia memerlukan pemimpin yang bertenaga dan mempunyai semangat waja yang tinggi.
Maka di sini seorang insan bernama Mohammad Sabu dilihat sebagai pemimpin ‘grass root’ yang sering mendapat tempat dihati ahli-ahli bawahan. Kepetahan beliau berceramah sehingga memukau ahli-ahli atas pagar untuk bersama PAS. Beliau yang sering dilihat turun ke bwah tanpa mengira penat dan lelah adalah satu interpritasi untuk menympaikan maklumat parti dan berita-berita semasa yang berkaitan rakyat. Kehebatan beliau untuk mengupas isu-isu semasa ketika berceramah menjadikan beliau sesuai untuk kerja-kerja Penerangan parti.
Kenyataan Mohammad Sabu baru-baru ini dalam temuramah dalam laman marhen sebagai berkata beliau sanggup mati demi mempertahan DEMOKRASI Pas adalah satu semangat yang perlu dicontohi bersama. Pas sebagai gerakan yang menjadikan Penerangan sebagai asas gerak kerjanya memerlukan pemimpin seperti Mohammad Sabu, kesediaannya untuk mempertahannya prinsip demokrasi ketika ditahan semasa berceramah juga menjadi kekuatan buat lajnah Penerangan kawasan-kawasan untuk terus mengembangkan aktiviti ceramah ini. Peristiwa yang menyayat hati ahli-ahli PAS juga boleh dibendung seperti tulisan Farish A Noor didalam HARAKAH satu ketika dahulu dengan bertuankan Mohammad Sabu. Kawalan kepada suara rasmi parti ini memerlukan satu prinsip dan jati diri yang unggul seperti Mohammad Sabu.
Seadanya tugas dan amanah ini adalah dilihat sinonim dengannya. Oleh itu saya menyeru kepada ahli-ahli PAS disegenap peringkat di cawangan-cawangan, kawasan-kawasan hatta pemimpin-peminpin tertinggi untuk mendesak Tuan Guru Presiden PAS untuk mengembalikan kegemilangan Penerangan PAS dengan lantik Haji Mohammad Sabu sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru.
|