Idealis Mahasiswa
 
 

Mala Boleh Rahsia Nikah


Hit = [ ]

Oleh: M Rozi Hassan & Farrah Lina Ramlan
sumber - Mingguan Warta Perdana Ahad 22/5/2005

KUALA LUMPUR: Perkahwinan yang disembunyikan atau dirahsiakan tidak menyalahi hukum syarak demi untuk menjaga keharmonian rumah tangga, demikian pendapat beberapa ulama terkenal.

Mereka berpendapat merahsiakan sesuatu perkahwinan atas sebab terdesak atau kerana keadaan tidak mengizinkan adalah dibolehkan di dalam Islam bagi mengelak berlaku persengketaan antara keluarga.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata tiada kesalahan bagi seseorang itu untuk menyembunyikan perkahwinannya pada umum, demi berlaku adil jika mempunvai isteri lain.

"Tidak ada syarat dalam hukum syarak untuk seseorang itu menyembunyikan perkahwinannya, mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan dia terpaksa menyembunyikan perkahwinannya.

"Tetapi haruslah diingat walaupun dia menyembunyikan perkahwinannya pada umum, dia haruslah berlaku adil dengan keluarganya yang lain agar tidak timbul fitnah," katanya.

Manakala Mufti Selangor, Datuk Seri Utama Diraja Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid, pula berpendapat sunat bagi seseorang itu menghebahkan perkahwinannya, bagaimanapun dia mengakui harus hukumnya jika seseorang itu menyembunyikannya atas sebab tertentu yang menyebabkan dia terpaksa berbuat demikian.

Sementara itu menurut pendakwah terkenal, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, dibolehkan seseorang itu menyembunyikan perkahwinan. "Ini kerana pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw seorang sahabat yang pergi bermusafir sekembalinya ke rumah apabila bertanya pada isteri di mana anak-anaknya, si isteri menjawab sedang berehat sedangkan anak-anaknya sudah meninggal dunia," katanya.

Dia menambah: "Oleh kerana tidak mahu suaminya terkejut dia telah menyembunyikan hal yang sebenar dari suami buat sementara waktu dan memberitahu hal tersebul setelah beberapa ketika kemudian dan bila si suami bertanya pada Rasulullah saw ia dibenarkan untuk mengelakkan mudarat kerana jika diberitahu mudaratnya mungkin lebih besar."

Dia berkala: "Begitu juga dalam keadaan ini, dibenarkan berbual demikian untuk mengelakkan mudarat tapi jika keadaan kembali pulih haruslah menghebahkannya pada umum."

Mereka berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai desas-desus perkahwinan selebriti terkenal yang juga bekas pengacara Nona di TV3, Normala Samsuddin yang didakwa sudah berkahwin dengan seorang menteri sejak tahun lalu.

      

Sementara itu seorang bekas pengetua di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi di Perlis memberitahu Mala pernah singgah bermalam di kediaman salah seorang kenalannya di Kangar yang juga merupakan orang kuat menteri itu.

Mala yang kerap kelihatan berkunjung ke Perlis turut menguatkan kepercayaan orang ramai bahawa dia memang ada hubungan dengan menteri itu.

Menurut eksekutif syarikat pelancongan bahawa berita terbaru pada hari Ahad dan Isnin lalu Normala kelihatan berada di Perlis. "Kalau tidak ada urusan penting buat apa Mala berada di sana melainkan untuk bersama dengan suaminya.

"Baru-baru ini ketika saya ke Perlis kerana ada urusan peribadi, ramai yang bercakap tentang pernikahan Mala yang sudah pun mengakhiri zaman janda setelah berkahwin dengan menteri," katanya.

"Saya juga cuba menyiasat dan mendapat tahu rakan saya sendiri turut bersama pasangan itu ketika di majlis akad nikah di negara jiran.

"Bila saya menelefonnya dia seolah-olah mahu menyembunyikan perkara itu tetapi sebaliknya di negeri Perlis nama kawan saya heboh diperkatakan orang," katanya.

Dalam pada itu terdapat juga sesetengah ulama menganggap sesuatu perkahwinan itu perlu dihebahkan demi untuk mengelak timbulnya fitnah, oleh itu tidak dibenarkan menyembunyikan perkahwinan mereka kerana tindakan itu melanggar syariat agama.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Abdul Kader Talib berkata: "Setiap pasangan yang berkahwin sama ada pasangan itu atau ahli keluarga perlu menghebahkan perkahwinan sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam."

Dia berkata dalam hadis pun ada menyatakan bukan sahaja setiap pasangan yang berkahwin agar memashyurkan perkahwinan itu kepada pengetahuan orang sekeliling tetapi juga dianjurkan memainkan alat-alat bunyian sebagai menandakan pasangan tersebut telah diijabkabul.

Sementara itu Imam Besar Masjid Negara, Datuk Haji Kamaruddin Zakaria berkata, tindakan menyembunyikan status perkahwinan secara terang-terangan melanggar hukum syariat, namun perkahwinan itu tetap halal.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved