Idealis Mahasiswa
 
 

Halim Othman Memang Nak Kahwin !


Hit = [ ]

oleh: Norimanah Seman
foto: Shahril Azman
sumber - Majalah HAI Sabtu 28 Mei 2005

KECOH apabila juruhebah popular stesen radio Era, Halim Othman digosip bercinta dengan penyanyi dan pelakon Waheeda. Cerita itu menjadi bahan bualan ramai peminat-peminat yang tertanya-tanya sejauh mana benarnya kisah cinta kedua-dua mereka apabila dicanangkan oleh sebuah akhbar tabloid.

Dalam pada itu ada mengatakan yang Halim sekadar mencari pulbisiti kerana... tidak kurang ada yang menuduh Waheeda sekadar untuk mencipta kontroversi bagi menjual album.

Jom kita baca apakah pendapat dan pandangan Halim Othman mengenai cerita yang sampai mengejutkan ibunya di Kuala Terengganu.

Kata Halim, "Memang benar saya akan kahwin pada tahun ini. Itulah rancangan saya dan sekarang saya sedang berusaha ke arah itu. Namun bila bercakap soal jodoh, ia adalah ketentuan Tuhan. Ya... mungkin orang itu adalah Waheeda... mungkin juga wanita lain atau mungkin juga Kudsiah Kahar. Siapa yang tahu kan ?

"Setakat hari ini... saya tidak mahu bercakap panjang lebar bahawa saya mempunyai impian untuk berkahwin dengan Waheeda... bimbang nanti disalahertikan. Saya dengan Waheeda memang berkawan tetapi setakat berkawan biasa saja.

"Sebetulnya saya juga terkejut macam mana cerita saya dan Waheeda ditulis oleh wartawan akhbar tabloid berkenaan tanpa merujuk atau bertanya kepada saya. Sebenarnya saya dan Waheeda, masing-masing sedang mengenali diri, hendak tahu sama ada kami ini adalah right for each other. Kami baru sangat berkawan rapat lebih kurang sebulan. Kami akan buat keputusan sama ada sesuai atau tidak bila masanya sesuai nanti. Saya hendak redakan angin yang sedang bertiup kencang mengenai gosip kami berdua ini.

"Benar... kami berkawan tapi untuk berkahwin itu belum ada sebarang perancangan apatah lagi perbincangan. Ini ialah kerana belum sampai masanya perkara itu untuk diberitahu kepada umum. kami juga pernah keluar berdua-duaan, cuma sekali. "Kami berjumpa pun atas sebab kerjaya.

"Hanya saya saja yang berjumpa dengan keluarga Waheeda, tapi Waheeda belum pemah berjumpa dengan keluarga saya. Pada tahap ini ia belum lagi boleh dikatakan kami mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Banyak benda yang perlu difikirkan.

"Buat masa ini kami sama-sama sibuk, saya tak bertemu Waheeda sudah dua minggu. Biasanya kami akan keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain. Keluar berdua-duaan hanya sekali saja, itu pun untuk bincangkan soal kerja.

"Sebenarnya saya takut untuk keluar berdua-duaan dengan dia, bimbang nanti terserempak dengan wartawan, akan timbul macam-macam cerita lagi. Tengoklah tu... dalam takut-takut dan berhati-hati tu pun dah terkeluar juga gosip. Saya takut bila digosip.

"Emak saya pun dah bertanya tentang hal itu, saya tak tahu macam mana hendak menjawabnya. Saya kata emak kenalah baca surat khabar kerana saya pun tahu dari surat khabar. Soalnya bukan emak saya cerewet soal jodoh saya, tapi berita itu meletup tanpa pengetahuannya, itu saja. Sebagai orang tua, emak berhak bertanya mengenai cerita itu."

      

Sekadar Mencari Publisiti

"Secara ikhlasnya saya tidak pernah bercerita pada sesiapa pun bahawa saya berkawan atau keluar dengan Waheeda sebelum ini. Maksud saya, sebelum cerita itu dicanangkan oleh surat khabar berkenaan.

"Perkara itu terjadi mungkin kerana ada orang nampak saya dan Waheeda pernah keluar bersama. Tapi macam yang saya katakan tadi, kalau kami pernah keluar berdua... hanyalah sekali. Masa itu saya buat latihan macam mana hendak menangani tekanan sekeliling sebagai seorang selebriti.

"Saya tak pernah telefon sesiapapun untuk tulis mengenai perkara itu di dalam surat khabar. Saya bukan nak cari publisiti murah. Saya berharap Waheeda dapat menangani masalah ini dengan senyuman.

"Saya tidak suka berita yang mengatakan bahawa saya gemar mencari popular.

"Saya tahu memang media ambil berat tentang kami, tapi saya takut berita itu akan mengganggu kerjaya masing-masing. Saya mengambil kira semua perasaan keluarga. Tujuan saya menjawab di sini bagi menerangkan kedudukan sebenar."

Waheeda Miliki Ciri Idaman

Bila dirisik tanya adakah Waheeda mempunyai ciri-ciri gadis idaman Halim ? Jawab Halim, "Waheeda memang memiliki ciri-ciri idaman saya. Dia seorang yang bijak, boleh diajak berbincang, mempunyai latar belakang keluarga yang baik-baik dan cantik. Namun perkara paling penting, dia adalah seorang perempuan.

"Saya tahu Waheeda dari keluarga yang baik, berilmu, berpendidikan tinggi dan berfikiran terbuka. Saya suka dengan ayah Waheeda dan emak Waheeda yang berfikiran terbuka.

"Saya pernah bertemu dan ayahnya sekali saja untuk minta kebenaran membawa Waheeda keluar. Kepada mereka juga saya nyatakan niat saya berkawan Waheeda adalah ikhlas.

"Tapi yang penting ciri-ciri isteri idaman saya adalah seorang yang boleh duduk di rumah, melayan dan memasak untuk saya. Kalau ditakdirkan saya berkahwin dengan seorang bintang (artis)... saya akan bertanya dulu... sama ada bakal isteri saya itu nak jadi bintang atau nak jadi isteri saya ? Kalau nak jadi isteri saya, kena duduk di rumah.

"Saya lebih suka isteri saya duduk di rumah kerana saya mampu untuk menanggung kehidupannya. Paling penting setiap kali saya balik kerja saya hendak disambut oleh isteri di muka pintu. Namun untuk memaksa seseorang megubah karier supaya mengikut saya duduk di rumah juga bukan satu tindakan yang betul.

"Bagaimanapun saya bukanlah mengutamakan sangat kepada ciri-ciri yang saya suka kerana kebarangkalian ciri-ciri itu pun boleh berubah juga suatu hari nanti. Maksud saya kemungkinan saya mencintai orang yang tak ciri wanita idaman saya, maklumlah kita cakap soal cinta dan takdir. Dalam keadaan itu saya. Bagaimanapun saya tak percaya kepada cinta sebelum kahwin... saya lebih suka bercinta selepas dikahwinkan!"





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved