Idealis Mahasiswa
 
 

Hassan Shukri tetap pertahan jawatan


Hit = [ ]

sumber - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 22 Mei - Timbalan Presiden Pas, Senator Hassan Shukri menegaskan, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu walaupun menerima desakan supaya memberi laluan kepada Ketua Penerangan parti, Datuk Dr. Haron Din.

Hassan berkata, beliau mempunyai hak untuk mempertahankan jawatan tersebut memandangkan telah menerima pencalonan dari peringkat bahagian seluruh negara.

"Mengapa saya perlu menarik diri kerana sudah mendapat pencalonan dan menerima surat tawaran daripada pengerusi jawatankuasa pemilihan parti untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

      

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz dalam wawancara Mingguan Malaysia hari ini yang mahukan Haron menerima jawatan Timbalan Presiden Pas kali ini.

Terbaru, Bendahari Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyatakan kesediaan menarik diri daripada merebut jawatan itu dan meminta Hassan turut berbuat demikian.

Pemilihan kepimpinan Pas pada muktamarnya ke-51 awal Jun ini dijangka sengit bagi merebut jawatan Timbalan Presiden apabila lapan tokoh dicalonkan.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved