|
Melobi yang sengit untuk menggantikan pemimpin lama berterusan walaupun sudah diberi amaran oleh golongan lama
Dua minggu sebelum pemilihan dalam parti, terdapat usaha berkempen yang sengit bagi beberapa jawatan dalam parti walaupun telah dinasihatkan oleh golongan senior dalam parti kepada yang berkempen, agar bertenang.
Banyak kelompok yang mencadangkan agar perawat popular sebagai timbalan presiden walaupun beliau tidak sihat untuk bertanding.
Dan terdapat bisik-bisik mengenai golongan muda yang cuba mengeluarkan pemimpin-pemimpin lama yang dituduh telah menyebabkan parti hilang sokongan popular dalam pilihan raya umum yang lepas.
“Terdapat broker kempen untuk pemimpin-pemimpin, yang pergi ke seluruh negara dan menghantar banyak SMS, berithu penganalisa politik Sayuti Omar. “Pemimpin-pemimpin daripada generasi lebih muda nampak seperti tidak sabar untuk melihat perubahan dalam barisan kepimpinan.”
Berebut dan merampas jawatan memang biasa dalam kebanyakan parti-parti politik, tetapi ia bukan amalan dalam parti konservatif Islam yang membuat keputusan berdasarkan syura pemimpin-pemimpin ulamanya. Apa yang berlaku kini, telah mengejutkan ahli-ahli setia parti.
Melobi untuk jawatan ialah suatu yang ‘tidak sihat’, kata pemimpin spiritual Nik Aziz Nik Mat.
Lebih kurang 1,000 delegasi akan memilih pemimpin-pemimpin mereka dalam perhimpunan tahunan parti di Kelantan pada 4 Jun ini.
Kesibukan dalam PAS kini digerakkan oleh keinginan kalangan ramai ahli-ahli untuk memulihkan parti tersebut selepas mendapat tamparan teruk dalam pilihan raya umum lepas dalam bulan Mac 2004.
“Generasi muda mahukan lebih kuasa membuat keputusan, dan saya rasa akan muncul muka-muka baru dalam kepimpinan parti,” kata Syed Azman Syed Ahmad, setiausaha politik presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Dalam pilihan raya lepas, PAS kehilangan Terengganu dan kehadirannya dalam Parlimen telah menguncup dari 27 kerusi kepada 6 sahaja. Ia hampir-hampir kehilangan Kelantan.
Para pemerhati berkata, orang ramai masih tidak terkesan daripada program PAS walaupun terdapat rasa tidak puashati yang meningkat terhadap kerajaan Perdana Menteri Abdullah Badawi, mengenai peningkatan harga minyak, rasuah dan jenayah yang berleluasa.
| |
Ceramah-ceramah politik dan perhimpunan jalanan PAS hanya menarik kebanyakannya ahli-ahli sahaja.
Lonjakan lemah semula PAS adalah berita buruk bagi parti politik ketiga terbesar itu selepas Umno dan Malaysian Chinese Association MCA. PAS mendakwa mempunyai keahlian seramai 800,000 berbanding Umno (3 juta) dan MCA (lebih sedikit daripada 1 juta).
Pemilihan setiap dua tahun PAS pada 4 Jun ini, permulaan bagi yang baru dan darah muda untuk memulihkan semula parti.
Tuntutan untuk berubah boleh dilihat daripada nama-nama yang dicalonkan untuk jawatan tinggi oleh 160 bahagian, yang telah mengakhiri mesyuarat agung baru-baru ini.
“Nama-nama baru tersebut menunjukkan ahli-ahli mahukan pemimpin-pemimpin lama untuk mengundurkan diri,” kata seorang pemimpin parti di Kuala Lumpur.
Presiden PAS Datuk Abdul Hadi dijangka tidak akan dicabar. Tetapi dalam kebangkitan kecil, satu bahagian Kelantan mencalonkan Haron Din bertanding mencabar Datuk Abdul Hadi.
Datuk Haron, 65, telah memberitahu bahawa dia tidak sihat dan mungkin tidak dapat hadir mesyuarat bulan depan kerana dia bercadang mendapatkan rawatan bagi jantungnya yang lemah di luar negara.
Dia menerima hampir tiga kali ganda pencalonan berbanding pemegang jawatan sedia ada, timbalan presiden Ustaz Hassan Shukri.
Juga memeranjatkan, ialah sokongan Datuk Nik Aziz terhadap Datuk Haron bagi jawatan nombor 2.
Beberapa ulama telah dicalonkan bagi jawatan tiga naib presiden. Mereka termasuk seorang peguam, graduan ekonomi, bekas pensyarah universiti dan seorang doktor.
Pencalonan Dr Siti Mariah Mahmud, 46, juga telah membuka era baru. Ini kali pertama mana-mana parti politik di Malaysia yang meletakkan seorang wanita pada jawatan setinggi itu dalam parti.
|