|
Hipokrasi PAS terserlah bila Mawi ‘ditatang bagai minyak yang penuh’ setelah di‘palitkan najis’ selama beberapa bulan.
Di sini saya sertakan beberapa keratan artikel dari Haprakahdaily.net khas untuk untuk balaci-balaci PAS supaya menilai sendiri sejauhmana PAS dengan tabiat HIPOKRITnya.
DI ‘TATANG’
Hishamuddin cemburu keberanian Kelantan jemput Mawi Monday, August 22 @ 19:37:32 MYT Oleh Rizal Tahir
KOTA BHARU, 22 Ogos (Hrkh) – Keberanian kerajaan Kelantan menjemput artis Akademi Fantasia (AF) mengadakan konsert alternatif di negeri ini akhir September depan rupa-rupanya dicemburui Ketua Pergerakan Pemuda Umno. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15461
DI‘PALIT’KAN
Layakkah Mawi jadi ikon belia Malaysia? Friday, August 19 @ 09:46:51 MYT Oleh MAHASISWA PRIHATIN
Sejurus membaca berita tersebut, saya terpaku dan terpana memikirkan betapa pengaruh Mawi yang digembar-gemburkan sebagai seorang yang serba boleh "agama pun boleh, menyanyi (bukan bernasyid ye.. ) pun boleh" telah merayap ke segenap pelusuk negara dan juga hati-hati mereka yang inginkan Islam yang syumul secara tidak sedar.
Kenapa mahu bebankan Mawi saja? Thursday, August 18 @ 15:11:44 MYT
Kasihan Mawi. Kita suruh jadi penyanyi kemudian kita suruh dia jadi imam. Kita suruh dia bersyarah kemudian kita suruh pula dia menyanyi. Kita suruh dia serius kemudian kita minta dia berjenaka pula. Kita suruh dia nasihat kepada ramai orang supaya pakai tudung dan jangan dedahkan rambut perang.... kemudian kita suruh dia menyanyi sambil pegang tangan orang! Kita minta aksi, aksi, aksi daripada Mawi. Kita suruh Mawi menyanyi, menari. Kita minta Mawi berzanji dan mengaji. Seperti maskot pula. Kita suruh dan arah Mawi untuk memuaskan hati. Kasihan Mawi. Kalau macam inilah gayanya, badut pun letak jawatan! - lanh http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15382
Siasah dan Mawi; kisah yang belum selesai Oleh Ahmad Lutfi Othman Saturday, August 06 @ 15:44:25 MYT
"Tapi lebih penting, malam tadi saya tengok diari AF, terkejut melihat Mawi sudah pandai berpegangan tangan dengan Masha. Lebih memalukan apabila Mawi terpaksa mengangkat tubuh Masha dalam satu latihan tarian, dan tentunya persembahan itu akan dijayakan pada final nanti," tegasnya lagi. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15148
Final AF: Jangan keterlaluan, hormati permulaan Rejab Saturday, August 06 @ 09:00:07 MYT
Sehubungan itu, umat Islam diingatkan supaya memberi tumpuan kepada ibadah dan membatasi tingkah laku mereka sempena permulaan bulan Rejab sedangkan pada masa yang sama diuar-uarkan konsert final Akademi Fantasi (AF) akan turut dilangsungkan.
| |
Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Salleh Sani al-Hafiz, menegaskan apabila sesuatu hiburan itu sudah terkandung unsur-unsur maksiat, maka ia akan mengkhayalkan sesebuah masyarakat. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15141
Hentikan segera program realiti tanpa faedah Thursday, August 04 @ 09:07:18 MYT
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, berkata program-program hiburan khususnya program berbentuk realiti yang jelas melanggar batas-batas syarak boleh menyebabkan anak-anak melupakan tanggungjawab mereka yang sewajarnya. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=15073
Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru? Wednesday, July 20 @ 12:41:19 MYT
Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini. Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14805
Pemuda Johor kesal remaja disuburkan dengan budaya hibur tanpa sempadan Friday, July 08 @ 08:15:26 MYT
"Namun begitu, mereka menjadi penyubur program maksiat seperti yang terbaru penganjuran konsert Akademi Fantasia di Putrajaya yang dilaporkan dihadiri 30 ribu orang dan yang majoritinya renaja Melayu Islam," kata Khairul lagi. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14590
Menjawab Islam Hadhari Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat Monday, February 14 @ 20:45:33 MYT
Ramai yang menagih dadah, menghidu gam, meragut beg dan menjadi juara dalam kerja-kerja GRO. Saya bimbang, Umno cuma mementingkan kelahiran anak Melayu yang boleh menyokong Umno. Itu sahaja yang difokuskan! Asalkan menyokong Umno, cakaplah, tulislah, makanlah, minumlah, ambillah dan pakailah apa sahaja mengikut hajat. Mereka diberi Akademi Fantasia, Sure Hehoh, Malaysian Idol, konsert rock, Majalah Hai, URTV dan Mangga. Mereka disogok dengan taat setia dan ikrar yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin Umno di setiap kursus, bengkel dan latihan motivasi. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=11691
‘Cita-citaku nak lanjutkan pelajaran ke Akademi Fantasia’ Tuesday, August 17 @ 15:33:23 MYT
Demikian, bertapa 'berfantasinya' masyarakat Melayu/Islam kita. Sekarang artis (peserta AF) sudah setaraf pemimpin besar. Di Sabah, khabarnya kepulangan seorang peserta, Linda, disambut 10,000 orang! http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=9302
Remaja fanatik pada hiburan bukti kegagalan kerajaan Friday, July 16 @ 17:55:13 MYT
"Apabila masuk sahaja pertandingan seperti itu (AF) secara tidak langsung telah membuang sifat malu di kalangan lelaki dengan perempuan, malah ada yang berpelukan lelaki dengan perempuan bukan muhrim, jadi tidak hairanlah jika kadar maksiat makin berleluasa," katanya semasa memberi kuliah kepada kakitangan Harakah baru-baru ini. - mks. http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=8907
|