|
UMNO perlu terima Anwar untuk kukuhkan parti - Suhaimi Ibrahim
Dalam media pembangkang, Suhaimi Ibrahim mengatakan bahawa UMNO perlu menolak sentimen lain dan perlu menerima Anwar Ibrahim kembali. Beliau membidas mereka yang menolak Anwar kerana bukan anwar yang keluar dari UMNO sebaliknya beliau dipecat. Mereka yang tidak mahu Anwar kembali dalam UMNO mempunyai kepentingan politik individu. Suhaimi juga mengatakan bahawa Anwar Ibrahim menyokong kepimpinan Pak Lah.
Mustafa Kamil Ayub - bukan mudah untuk menyertai UMNO, perasaan teman-teman seperjuangan sama PAS, DAP dan NGO yang berkorban habis-habisan perlu dijaga.
| |
Bukan mudah menyertai UMNo kerana Anwar juga telah lama keluar dari sirkulasi mereka. Perwakilan telah berubah dan UMNO sendiri tidak mengizinkan Anwar menyertainya.
Walaupun ramai ahli UMNO adalah rakan Anwar tetapi mereka tidak mahu menggadaikan periuk nasi mereka untuk menyokong Anwar.
Kembalikan jawatan TPM kepada Anwar - Ibrahim Ali
Berlandaskan moral dan prinsip perundangan Anwar patut diberikan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri. Keadilan harus diberi kepada Anwar.
Sungguhpun begitu, perlu editor maklumkan bahawa beliau adalah antara yang menyokong kuat pemecatan Anwar Ibrahim.
|