Idealis Mahasiswa
 
 

Taktik kotor diguna tarik sokongan kaum Cina


Hit = [ ]

sumber: Utusan Online Sabtu 10/9/2005

MELAKA 9 Sept. - Tindakan DAP menggunakan taktik kotor untuk menarik sokongan orang Cina dengan mendakwa pemimpin UMNO terdahulu bukan pejuang sebenar kemerdekaan boleh menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin antara rakyat negara ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab parti pembangkang itu adalah satu tindakan yang amat memalukan.

Beliau berkata, ia boleh memberi kesan dari segi hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak termasuk ahli Parlimen supaya memberi peringatan kepada DAP agar tidak lagi membuat dakwaan seumpama itu yang boleh mengelirukan rakyat.

      

"DAP tidak patut menggunakan taktik kotor ini untuk mendapatkan sokongan, tidak ada sebab untuk dia mengangkat Chin Peng yang kita tahu telah banyak menyebabkan kematian di kalangan rakyat negara ini," katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob melawat hotel-hotel yang bakal menjadi tempat penginapan Raja-Raja sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-205, di sini hari ini.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved