Idealis Mahasiswa
 
 

Peliwat tidak boleh jadi PM, kata Dr M


Hit = [ ]

oleh: Roshan Jason
sumber: Malaysia Kini Sep 9, 05 5:20pm

[Terjemahan] Seorang yang homoseks tidak boleh dibenarkan mentadbir negara, tegas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai pemecatan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tujuh tahun lalu.

“Saya tidak boleh ada seorang peliwat dalam kabinet saya. Bayangkan seorang ‘gay’ (lelaki homoseks) menjadi PM... tiada seorang pun yang akan selamat!” katanya kepada pemberita selepas menyampai ucapan di Persidangan Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata, oleh kerana masyarakat tidak menerima perbuatan liwat, maka beliau terpaksa bertindak sedemikian.

Beliau juga menafikan bahawa pemecatan Anwar pada 2 September 1998, adalah disebab kerana mereka berdua tidak lagi sehaluan.

Dr Mahathir mendakwa, tuduhan tersebut diada-adakan oleh media – terutama wartawan ‘gay’ (lelaki homoseks) – yang menyokong perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau juga beerkata, beliau tidak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Anwar dan mendakwa ia merupakan satu lagi tuduhan palsu yang sengaja diada-adakan oleh ‘orang gay dalam media’.

Menurutnya lagi, beliau telah menyerahkan kepada pihak kehakiman untuk mengadili tindakan bekas timbalannya yang didakwa telah melanggar undang-undang.

Anwar, pada mulanya didapati bersalah atas kesalahan liwat, tetapi sabitan dan hukuman penjara ke atasnya itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan tahun lalu, selepas mendengar rayuannya.

Sebelum itu, Anwar telah menjalani hukuman penjara atas kesalahan salahguna kuasa. Bekas Timbalan Perdana Menteri mendakwa, beliau telah menjadi mangsa konspirasi politik serta mendakwa, tuduhan terhadapnya itu sengaja diadakan-adakan.

      

Penggunaan ISA

Sebelum itu, dalam ucapannya, Dr Mahathir turut menyentuh kes Anwar berhubung pilihan sama ada untuk menggunakan ISA atau tidak.

“Tidak menahan seorang tanpa bicara, juga tidak akan membantu. Dan apabila bekas TPM (Timbalan Perdan Menteri) didakwa di mahkamah, dibela oleh lapan peguam dan didapati bersalah melalui proses sepatutnya, apa yang diperkatakan ialah terdapat satu konspirasi.

“Jadi, anda akan dikutuk jika adan menggunakan ISA dan anda juga akan dikutuk jika anda tidak menggunakan ISA,” katanya kepada para hadirin.

Bagaimanapun, Anwar ditahan di bawah ISA selama sembilan hari selepas pemecatannya, sebelum dihadapkan ke mahkamah.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Dr Mahathir juga ditanya mengapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Rahim Noor kerana membelasah Anwar.

“Kerana saya tidak tahu yang dia (Rahim) yang melakukannya. Saya hanya tahu kemudiannya. Beliau adalah seorang pegawai kanan dan (ketika itu) tidak terdapat bukti terhadapnya,” jawabnya.

Apabila Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 29 September 1998, matanya lebam dan tangannya cedera. Dia mendakwa dibelasah oleh Rahim.

Anwar kemudiannya mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas KPN itu dan pada 3 Ogos tahun ini, Rahim memohon maaf kepadanya kerana perbuatannya itu. Kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah dan Anwar menarik samannya itu.

Sementara itu, Dr Mahathir turut dihujani soalan berhubung pendiriannya mengenai hak asasi manusia kerana kehadirannya di majlis Suhakam itu mendapat kritikan banya pihak, terutama daripada aktivis hak asasi manusia dan kumpulan sivil.

Ketika beliau menyampaikan ucapannya, Pesuruhjaya British Bruce Elliot Cleghon meninggalkan majlis tersebut apabila Dr Mahathir menuduh Amerika Syarikat dan British bersikap hipokrit dalam soal hak asasi manusia.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved