Idealis Mahasiswa
 
 

Formula Kiraan Kesuburan Wanita


Hit = [ ]

oleh: Dr Ismail Tambi
sumber: Mingguan Warta Perdana 25/9/2005

SOALAN: SAYA ingin meminta pandangan doktor mengenai waktu subur seseorang wanita. Saya baru mendirikan rumah tangga dan merancang untuk mendapatkan zuriat. Buat masa ini saya datang haid pada setiap bulan dari Januari - Julai. Tempoh haid saya biasanya 10 hari adalah tetap cuma berbeza pun selang 2-3 hari. Bolehkah doktor buatkan kiraan untuk saya tahu waktu subur saya setelah habis haid nanti. Apakah ada formula yang tetap untuk kiraan waktu subur ?

Atiqah, Melaka.

JAWAPAN:

SEMENJAK kebelakangan ini terdapat pasangan yang merancang untuk mendapat anak dalam masa yang terdekat dan mereka tahu yang hubungan kelamin yang regular memainkan peranan yang meningkatkan kemungkinan hamil. Jadi si isteri akan menjadualkan hubungan kelamin lebih pada waktu suburnya. Wanita yang mempunyai pusingan haid yang tidak menentu sukar untuk menetapkan waktu subur dan jika dikira waktu subur lebih panjang dari yang dijangkakan. Mungkin cara yang mudah ialah untuk wanita itu mengenali tanda suburnya dalam pusingan haidnya.

Wanita yang mempunyai pusingan haid yang tetap dan tepat dan tidak kurang dari 21 hari atau lebih dari 40 hari mampu menghasilkan telur cuma waktu awal kesuburan berbeza. Untuk wanila yang pusingan haid dalam lingkungan 21-30 hari waktu subur berlaku selepas haid kering atau beberapa hari haid kering. Tanda itu ialah pengeluaran lendir macam hingus seperli pulih lelur yang belum masak. Untuk wanita yang pusingan haid lebih waktu lendir keluar lagi lewat. Pastikan hubungan kelamin dilakukan selang sehari sehingga beberapa hari dia rasa imbasan sengal di paras ari-ari yang menandakan ovulasi (80-90% wanita dapat mengenalinya).

      

Untuk wanita yang mahu mengira waktu subur kiraannya ialah:

Pusingan haid yang terpanjang lolak 11.

Pusingan haid yang terpendek tolak 18.

Waktu antaranya ialah waktu subur.

Misalnya

Feb - 01
Mac - 01
Apr - 04
Mei - 05
Jun - 07
Julai - 07
Ogos - 17

Pusingan haid yang terpanjang (Julai-07 hingga Ogos 17): 41 (mungkin tidak subur kerana lebih 40 hari).

Pusingan haid yang terpanjang (subur) (Mei-05 hingga Jun-07): 33-11 = 22.

Pusingan haid terpendek (Feb-01 hingga Mac-01) : 28-18 = 10.

Jadi pusingan haid 10-22 ialah waktu subur.

Selain daripada itu wanita itu perlu pastikan yang air mani tidak meleleh keluar dengan tidak mengemut akan berjalan selepas selesai bersetubuh. Posisi yang digalakkan ialah suami di atas dengan paha dekat dada atau posisi belakang dengan punggung di atas dan badan di bawah.





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved