Idealis Mahasiswa
 
 

Mat Sabu akui dalam Siasah, PAS belum mampu ...


Hit = [ ]

oleh: DIN KG TUALANG
sumber: Harakah Daily Friday, August 05 @ 10:43:16 MYT

Mingguan politik baru, Siasah memuatkan beberapa berita atau liputan yang agak berbeza dengan perspektif biasa yang selalu ditekankan editornya, Lutfi, antara lain berkaitan Mawi, berita tentang Umno, juga sisipan menarik wanitakini, yang memuatkan wawancara khas dengan Waheeda dan Ezah Aziz Fawzy.

Namun, sebagai peminat politik saya lebih berminat dengan kolum-kolum politik, misalnya ruangan tetap Subky Latif, Rustam A Sani, wawancara Dinsman. Tapi lebih menggugah fikiran saya ialah interbiu dengan Mat Sabu, Naib Presiden PAS.

Baca saja soalan awal dan jawapan Mat Sabu:

SIASAH: Selepas pemilihan yang menyaksikan perubahan kepimpinan yang banyak dikuasai pemimpin muda dan bukan ulama, ramai menyebut tentang "PAS baru", iaitu PAS yang akan melalui perubahan besar. Tetapi ramai juga berpandangan sebaliknya dan menganggap mereka yang mahukan perubahan dalam PAS masih kelompok minoriti dan bukan pembuat keputusan.

      

MAT SABU: "Saya tidak melihat istilah PAS baru itu sebagai sesuatu yang tepat. Bagi saya, muktamar baru-baru ini tidak menyaksikan sebarang perubahan besar. Pemimpin-pemimpin masih orang yang sama. Itu hak media untuk memberi gelaran apa sahaja. Saya melihat, biasanya, perubahan yang mendorong orang beramai-ramai menyertai PAS jarang sekali disebabkan perubahan dalaman.

"Maknanya, PAS masih belum berupaya menonjolkan diri kepada masyarakat untuk diterima sebagai sebuah parti alternatif yang besar. Dua gelombang besar penyertaan beramai-ramai ke dalam PAS tercetus akibat masalah dalaman Umno, iaitu krisis Mahathir Mohamad-Tengku Razaleigh Hamzah dan pemecatan Anwar Ibrahim.

"Setakat ini, selepas muktamar belum berlaku perubahan sikap orang ramai terhadap PAS, kalau ada pun terlalu sedikit." - UM





Copyright © 2005 Idealis Mahasiswa, All Rights Reserved