Mesej kepada editor

Diterima pada: 3 Jun 2005
Name: pasteinfo man
Email: pasteinfo_man@yahoo.co.uk


Dewan Ulama sokong Senator Hassan Shukri pertahan jawatan


sumber-Utusan Malaysia


KOTA BHARU 2 Jun - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menyatakan sokongan terbuka terhadap penyandang jawatan Timbalan Presiden parti, Senator Hassan Shukri bagi mempertahankan jawatan itu kerana beliau seorang ulama yang lama bergiat dalam parti.

Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tindakan pihak tertentu yang melakukan kempen kurang sihat termasuk menyifatkan Hassan sebagai `kuda tua' jelas cuba menidakkan jasanya yang pernah menjadi Setiausaha Agung parti sepanjang tempoh tiga Presiden Pas.

Menurutnya, beliau kasihan kepada orang lama seperti Hassan kerana kempen kurang sihat itu dilakukan oleh golongan yang tidak sabar untuk bertanding dan menjadi calon.

``Kepada mereka yang cuba menidakkan jasa Hassan harus mengetahui bahawa beliau adalah antara 10 anak muda Pas yang terawal dihantar bagi mendapatkan pendidikan di Baghdad, Iraq.

``Setelah pulang Hassan bersama-sama Mohamad Daud (Timbalan Ketua Dewan Ulama Pusat) dan Hashim Jasin (Naib Ketua Dewan Ulama Pusat) adalah orang yang bertungkus lumus bekerja untuk parti dan Hassan sendiri tidak mengambil kesempatan untuk menjadi calon pilihan raya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama Ke-44 di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Hassan manakala Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din yang sepatutnya merasmikan muktamar itu tidak hadir kerana uzur.

Kempen terbuka Harun tersebut bertentangan dengan pendirian Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyerahkan kepada perwakilan untuk memilih Timbalan Presiden setelah calon disokongnya iaitu Haron menarik diri.

Jawatan Timbalan Presiden kali ini melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu yang pertama kali dalam sejarah parti antara Hassan, Bendahari, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Setiausaha Agung, Nasharuddin Mat Isa.


Diterima pada: 27 Mei 2005
Name: pasteinfo man
Email: pasteinfo_man@yahoo.co.uk

Jangan bergimik dengan pencalonan Dr Mariah - JIM


Thursday, May 26 @ 16:33:52 MYT

sumber-Harakahdaily.net


oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Jemaah Islah Malaysia (Jim) berharap cadangan pimpinan tertinggi PAS yang mencalonkan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud sebagai Naib Presiden bukan merupakan suatu gimik politik semata-mata.

Ketua Wanitanya, Dr Harlina Haliza Siraj berkata, jika ada pihak yang masih tidak bersedia untuk memberi laluan atau sokongan kepada Dr Mariah untuk memegang salah satu kerusi sebagai Naib Presiden ia bermakna cadangan tersebut benar-benar sebagai gimik politik.
Beliau berkata, tindakan itu merupakan suatu perkara yang tidak memberangsangkan sedangkan dalam PAS perlu mengetengahkan pimpinan muslimatnya supaya dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku terhadap golongan wanita.

Katanya, apakah dengan adanya pertandingan jawatan Naib Presiden untuk muslimat boleh membuktikan bahawa sikap keterbukaan PAS yang selama ini didakwa oleh sesetengah pihak bahawa golongan wanita PAS tidak mendapat tempat yang sesuai.

Dr Harlina berharap dengan keterbukaan sikap kepimpinan PAS ia akan menjadi titik permulaan supaya lebih ramai pimpinan PAS didukungi oleh golongan muslimat.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu calon muslimat yang terpilih dalam kepimpinan tertinggi parti itu berperanan atau bersikap melebihi kepimpinan lelaki.

Menjelang Muktamar PAS yang bermula pada 1 hingga 5 Jun ini beliau yang mewakili wanita Jim menghargai pencalonan yang diberikan kepada wakil muslimat untuk bertanding dalam jawatan Naib Presiden.

Katanya, ini merupakan suatu pertandingan yang baik dan berharap wakil muslimat tersebut mendapat sokongan padu supaya beliau boleh membawa isu-isu wanita Islam. - mks.

Diterima pada: 21 Mei 2005
Name: Abu Waeidz
Email: abu_waeidz@yahoo.com


Pencalonan Dr Siti Mariah, Naib Presiden PAS : Di mana peranan Azhari sekarang ?

 

KAHERAH ( e-kpkm@yahoogroups.com )KOTA BHARU 24 April - Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pas Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud akan dicalonkan untuk bertanding satu
daripada tiga jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.

Keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Perhubungan PAS Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz semalam, mengambil ketetapan untuk mencalonkan Dr Siti Mariah Mahmod sebagai salah seorang Naib Presiden PAS.

Persoalan yang timbul sekarang,apakah mahasiswi al-azhariah masih berada di tahap yang lama, malu untuk berjuang,tidak yakin dengan ilmu yang dipelajari di Universiti Al-Azhar, untuk terjun terus dalam perjuangan bagi menegatkan agama allah di tanahair, dengan 1001 macam alasan yang diberikan..Di manakah amanah allah yang anda pikul selama ini??? Apakah ianya di campak ke dalam Perlembahan Nil, setelah anda memperolehi segulong? ijazah BA dari Al-Azhar sebelum anda pulang ke tanah air?? Atau pun anda sanggup bersekongkong dengan pihak-pihak yang menentang perjuangan islam???....................................

Mahasiswi Al-Azhariah merupakan golongan wanita yang terpelajar dan mempunyai
pengetahuan yang luas khususnya dalam bidang agama. Sesungguhnya kedatangan
Islam telah mengangkat semula darjat ketinggian dan kemuliaan? kaum wanita. Jika
dibandingkan pada zaman jahilyyah, mereka menganggap kaum wanita sebagai barang
dagangan dan tiada nilai.

Pada zaman kegemilangan Islam pula, wanita telah dapat melakukan peranannya yang
sangat besar dalam pembangunan, kemajuan masyarakat dan agama Islam. Mereka juga
mempelopori karya yang besar samada dalam bidang sosial, ekonomi mahupun
politik.

Apa yang diharapkan, sejarah kegemilangan kaum wanita silam akan gembilang
kembali sekiranya golongan Mahasiswi Al-Azhariah sebagai ahli akademik yang
mempunyai pengetahuan am yang luas, melibatkan diri dalam kerja-kerja gerakan
islam untuk mengambalikan kedaulatan islam.

Sewajarnya golongan MahasiswiAl-Azhariah hari ini, mengorak langkah yang lebih
ke hadapan sesuai dengan cabaran dunia semasa. Pada masa kaum wanita merupakan
masyarakat dominan, peranan dan penglibatan Mahasiswi Al-Azhariah dalam gerakan
islam sebagai pucuk pimpinan atau anggota yang aktif amat diperlukan. Masyarakat
amat dahagakan khidmat kepimpinan mereka.?


Justeru itu, golongan Mahasiswi Al-Azhariah perlu mendapat pendedahan awal yang secukupnya di bidang kerja-kerja gerakan islam di alam kampus ini lagi,dalam usaha melahirkan daya kepimpinan yang matang sebagai agen perubah masyarakat di tanah air.


Ingin mengemukakan pandangan/komentar tentang kampus mailkan mengunakan form hubungi editor




Halaman Utama

 

 

Hit
[ ]