Mesej kepada editor
Diterima pada: 25Disember 2007
Author: pasteinfo man
Email: pasteinfo_man@yahoo.co.uk
Mahasiswa
Sambut Cabaran Anwar Ibrahim
sumber : http://mahasiswamenggugat.blogspot.com/2007/12/mahasiswa-sambut-cabaran-anwar-ibrahim.html
Oleh: Ahmad Lutfi Othman Petikan Buku "Siapa
Dalang? Cerita Di Sebalik Tabir" (hlm.159-168)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim ketika berucap sempena minggu Konvokesyen Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) di Petaling Jaya, Ogos lalu memberi
keizinan kepada para pelajar universiti tersebut untuk berdemonstrasi.
"Tapi jika saya dahulu ditangkap kerana berdemonstrasi,
kamu semua kena bersedia untuk ditangkap"kata Presiden UIA
itu dengan disambut oleh gelak ketawa pelajar.
Bekas Presiden ABIM yang memang pandai berjenaka
itu bagaimanapun membuat kesimpulan ringkas bahawa tindakan
beliau berdemostrasi dahulu didorong oleh kemiskinan luar
bandar "Sekarang rakyat tidak lagi miskin" Kata bekas
pemimpin pelajar itu dengan penuh yakin. Apa yang lebih
menarik diulas adalah kenyataan Anwar bahavva demontrasi
pelajar pada zamannya lebih bertujuan membela rakyat yang
dihimpit kemiskinan.
Ketika itu pelajar amat sensitif apabila rumah-rumah
setinggan dirobohkan, peneroka pinggir bandar diusir. Lalu
meletuslah suara kebenaran pelajar, tanpa takut, tanpa gentar.
(Tanpa sebarang hasrat untuk merendah-rendahkan demonstrasi
pelajar menentang isu kemiskinan di Baling, tahun 1974,
menarik juga dibaca usikan nakal ruangan pojok "Nak Marah
Marahlah!", dalam akhbar Mingguan Politik, 1-14 September
1994: Anwar Ibrahim mahu supaya jangan diikut cara-cara
melancarkan rusuhan untuk mencapai matlamat perjuangan.
Pada tahun 1974 dulu, ada tunjuk perasaan
akibat kematian dua anak petani di Baling, Kedah yang dihebohkan
kononnya akibat kebuluran. Berikutnya, WHO telah meminta
Malaysia menghantar laporan segera, benarkah ada kematian
akibat kebuluran kerana mereka mahu mengirimkan bantuan
menyelamat ke Baling, Kedah. Zainal Abidin Wahid yang dilantik
menjadi pengerusi jawatankuasa penyiasat mengirim gambar
kediaman keluarga petani yang malang itu. "Macam mana
boleh kebulur kerana di sekeliling rumah kediaman keluarga
itu kelihatan pokok pisang dan pokok betik yang sedang mengeluarkan
buah?" tanya WHO.Rupanya pembohongan ketika itu mendapat
sokongan sehingga berlakunya rusuhan di sana-sini ....")
Bagaimanapun di era 1990-an, para pelajar
bukan sahaja berdemonstrasi kerana isu kemiskinan rakyat
(yang menjadi isu terpenting perjuangan gerakan pelajar
di era 1970-an) tetapi juga bagi menentang sebarang rupa
'jembalang akta' yang menzalimi masyarakat Melayu di luar
bandar. Kalau dulu golongan setinggan dihalau bagi pembinaan
padang golf, sekarang penduduk kampung tanah adat Melayu,
warisan ratusan tahun, hak milik mereka yang sah (yakni
bukan setinggan) dipaksa meninggalkan tanah tumpah darah
tanpa pampasan yang sewajarnya.
Bertitik-tolak daripada inilah, perkarangan
Kompleks Seri Negeri yang menempatkan pejabat pentadbiran
Kerajaan Negeri Melaka digegarkan oleh demonstrasi pelajar
pada 10 September 1994. Tidak siapa menyangka para pelajar
daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertanian
Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Maahad
Tahfiz bergabung tenaga di bawah Jawatankuasa Bertindak
Hak Asasi Rakyat, Universiti-universiti Tempatan bagi membantah
sikap rakus kerajaan negeri merampas tanah penduduk kampung
di Pantai Tanah Merah dan Pantai Kundor.
Demonstrasi yang bermula seawal pukul 11.00
pagi itu melibatkan lebih 500 pelajar. Slogan-slogan penuh
semangat mengecam tindakan kerajaan negeri memecah keheningan
pagi dengan diselang-selikan oleh laungan takbir. Poster
dan sepanduk pelbagai rupa dan warna dijulang oleh para
pelajar menjadikan demonstrasi aman itu meriah dan penuh
bertenaga. Kompleks Seri Negeri yang dikelilingi oleh pusat
membeli-belah dan terletak berhampiran dengan perhentian
teksi dan bas memang menjadi pusat tumpuan orang ramai.
Dan tidak hairanlah jika demonstrasi pelajar
itu ber-jaya menarik perhatian orang-ramai yang berdiri
di sepanjang bahu jalan utama bertentangan kompleks bangunan
kerajaan negeri itu. Kakitangan kerajaan negeri yang baru
memulakan tugas harian pada pagi Sabtu itu turut tidak melepaskan
peluang merasai kehangatan dan bara demonstrasi tersebut.
Koridor Kompleks Seri Negeri yang menempatkan tiga blok
bangunan lima tingkat itu dipenuhi oleh wajah-wajah ingin
tahu yang semestinya terkejut dengan kehadiran ratusan pengunjung
tidak diundang iru.
Tidak sampai setengah jam demonstrasi aman
itu berlangsung, Ketua Polis Melaka Tengah, Penolong Pesu-ruhjaya
Polis Mat Drus Sudin tiba bersama beberapa pegawainya. Beliau
mengarahkan para pelajar bersurai. Tanpa mengendahkan arahan
tersebut, para pelajar meneruskan demonstrasi dan menunrut
wakil mereka dibenarkan menemui Ketua Menteri Melaka bagi
menyampaikan memorandum bantahan. Ketua Menteri Melaka,
Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang menjadi tumpuan media
massa kerana hubungannya dengan pelajar perempuan bawah
umur diberitakan bercuti keluar negara.
Lain-lain anggota Exco Kerajaan Negeri juga
dilapor tidak berada di pejabat kerana sibuk dengan urusan
rasmi luar pejabat. Rundingan antara pihak polis, wakil
pelajar dan Pengerusi Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar
(JSPB) Dr. Mohd. Nasir Hashim menghasilkan tolak-ansur yang
memberangsankan.
Akhirnya, empat wakil pelajar diketuai o/eh
Saudara Adly Zahari memasuki Jabatan Ketua Menteri bagi
menyampaikan memorandum bantahan. Dengan pelbagai bentuk
kesukaran, mereka akhirnya berjaya menemui Timbalan Setiausaha
Kerajaan Negeri, Encik Jemal Zainal Kasim yang dengan penuh
ceria menerima memorandum bantahan setebal tiga muka surat
itu. Kandungan memorandum pelajar itu adalah seperti berikut:
"Di atas kesedaran bahawa Islam menganjurkan
umatnya agar membuat kebajikan dan menyeru untuk keadilan
di samping mencegah kemungkaran serta penindasan bersesuaian
dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan hendaklah
ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menveru (manusia)
kepada melakukan kebaikan, menyuruh berbuat yang baik dan
melarang berbuat yang jahat. Mereka itulah orang-orang yang
berjaya (bahagia)". (Surah Ali-lmran: 104)
"Di atas kesedaran, rasa tanggungjawab dan
keprihatinan maka kami mengemukakan memorandum ini selaras
dengan inspirasi program induk belia negara, di bawah tema
Malaysia Prihatin: "Suatu program bagi membentuk generasi
bangsa yang mempunyai kesedaran untuk membela masyarakat
yang kurang bernasib baik dan membantu mereka yang ditimpa
kemalangan serta mengamalkan sifat-sifat perikemanisiaan,
bertanggungjawab, penyayang dan mempunyai semangat kekitaan."
(Sumber: Pamflet Pelan Induk Belia Negara, Kementerian Belia
dan Sukan, Malaysia 1991)
"Keputusan untuk mengemukakan memorandum ini
adalah terbit daripada rasa tanggungjawab terhadap betapa
pentingnya hak-hak rakyat dipertahankan bagi memastikan
generasi seterusnya mempunyai jaminan terhadap hak yang
dipusakai. "Bantahan ini dikemukakan di atas dasar bersimpati
dengan para penduduk yang dirampas hak kebebasan mereka
di mana kebebasan pada umumnya membawa erti: Kemerdekaan
dan kebebasan dari segala belenggu kebendaan dan kerohanian
yang tidak sah dan kadang-kadang dipaksakan kepada manusia
tanpa alasan yang benar pada kehidupannya sehari-sehari
yang menyebabkan manusia tidak dapat menikmati hak-hak yang
sewajarnya dari segi sivil, agama, pemikiran, politik, sosial
dan ekonomi.
"Kebebasan menurut pengertian di atas, tidak
terpisah dari hak-hak tabiat (fitrah), hak untuk setiap
manusia di setiap waktu dan tempat. Oleh kerana itu, antara
hak tabii yang amat menonjol sekali ialah hak untuk hidup,
bebas, mewakili, hak memperolehi ketenteraman, persamaan,
keadilan dan sebagainya.
"Hasil tinjauan kami di kampung terbabit pada
27 Ogos 1994 serta perjumpaan dengan penduduk penduduk kampung
terbabit, maka kami merumuskan di antara hak-hak rakyat
yang telah dicabul:
"Tindakan bagi menyelesaikan masalah dengar
penduduk terbabit semenjak tahun 1991 sehingga terpaksa
diakhiri dengan kekerasan pada tahun 1994 adalah tindakan
yang tidak beradab, di luar norma-nornu kemanusiaan sekaligus
menampakkan kepincangan kerajaan negeri dan Persekutuan
bagi menyelesaikan permasalahan rakyat secara aman dan terkawal.
Disusuli dengan tindakan pihak berkuasa yang menangkap 12
penduduk kampung dan menggunakan anjing pada kejadian 18
Ogos 1994 di kampung terbabit adalah amat dikesali ketika
negara sedang mempelopori wawasan masyarakat penyayang menjelang
tahun 2020 dengan merujuk kepada ucapan Perdana Menteri
Malaysia pada 3hb Februari 1991:
"Cabaran ketujuh adalah untuk mewujudkan masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi...." [Sumber: Kertas kerja
berjudul Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)].
"Penafian hak ke atas tanah yang dimiliki
oleh rakyat bukanlah merupakan satu bentuk pendidikan yang
baik kerana ini telah ditegaskan dalam inspirasi cabaran
ketiga wawasan 2020:
"Cabaran ketiga yang sering dihadapi oleh
masyarakat Malaysia ialah usaha mewujud dan membangunkan
masyarakat demokratik yang matang menga-malkan saru bentuk
persefahaman, matang dan demokrasi Malaysia yang boleh menjadi
contoh kepada banyak negara membangun" (Sumber: Wawasan
2020).
"Pemotongan bekalan air, elektrik, telefon,
pos dan sekatan pengangkutan awam ke atas kampung terbabit
adalah merupakan saru bentuk kezaliman kepada rakyat dengan
membelakangkan sifat perikemanusiaan. Akibat daripada itu,
masyarakat kampung terpaksa menggunakan pelita dan mengambil
air dari perigi sekali gus menjadikan kehidupan masyarakat
di kampung terbabit semakin terhimpit dan serba kekurangan.
"Tindakan menyekat kemudahan infrastruktur
rakyat di kampung terbabit benar-benar tidak mengambilkira
nasib pelajar-pelajar sekolah yang memerlukan semua kemudahan
ini seterusnya menjejaskan penumpuanpendidikan harian mereka.
"Tindakan "rampasan" secara paksa ke atas
sebidang tanah wakaf, dua buah masjid iaitu Masjid Kampung
Pantai Kundor dan Masjid Kampung Pantai Merah dan sebuah
surau benar-benar menyentuh sensitiviti umat Islam di mana
menjadi kewajipan umat Islam untuk mempertahankan institusi
ini dari dirobohkan.
"Tindakan kerajaan membayar pampasan dengan
hanya menilai tanah dan rumah rakyat adalah tidak wajar.
Kerajaan sepatutnya turut mengambil risiko yang dihadapi
oleh rakyat di kampung terbabit yang rata-ratanya adalah
nelayan, di mana kesan pemindahan ini telah menutup mata
pencarian mereka.
"Kami menuntut supaya Kerajaan Persekutuan
mengkaji semula Akta Pengambilan Tanah 1992 (pindaan) kerana
akta ini secara jelas dipergunakan sehingga membelakangkan
kepentingan dan hak rakyat. Rakyat bukannya menolak pembangunan
tetapi menolak cara kerajaan mengambil tanah rakyat dengan
menafikan hak rakyat di atas tanah milik mereka.
"Kami dengan ini mendesak supaya Yang Amat
Berhormat Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, selaku Ketua Menteri
Melaka agar meletakkan jawatan di atas penin-dasan yang
dilakukan terhadap rakyat di mana rakyat menjadi "mangsa
pembangunan", seterusnya terpaksa mempertahankan hak mereka
dengan linangan air mata dan kekerasan oleh pihak berkuasa.
"Kami juga mendesak supaya ADUN kawasan terbabit
iaitu Yang Berhormat Datuk Ali Rustam agar turut sama meletakkan
jawatan di atas kegagalan beliau bagi mewakili suara rakyat,
sebaliknya mewujudkan suatu suasana yang tegang dengan rakyat.
Sekali gus tindakan beliau langsung tidak mengambil kira
pandangan dan hasrat rakyat.
"Kami menuntut Kerajaan Negeri mengumumkan
jumlah pampasan sebenar yang diperuntukkan oleh Perronas
dan jumlah yang diagihkan kepada rakyat di kampung terbabit.
"Kami menuntut Kerajaan Negeri membawa permasalahan rakyat
ke meja rundingan di antara masyarakat kampung terbabit,
pihak Kerajaan Negeri dan pihak Petronas dengan mengambilkira
tuntutan-tuntutan dan hak-hak rakyat. Seterusnya menilai
kembali pampasan yang telah diberikan kepada rakyat dengan
turut mengambilkira kerugian rakyat dari sudut punca pendapatan,
di mana kebanyakan nelayan di kampung terbabit hilang mata
pencarian akibat pemindahan ke kawasan jauh dari pantai.
"Sesungguhnya segala yang dinyatakan di atas
adalah merupakan suara rakyat, di mana rakyat dengan terang
menolak Akta Pengambilan Tanah 1992 (pindaan). Wajarlah
bagi Kerajaan Persekutuan menilai semula kehendak rakyat.
Kami masyarakat mahasiswa akan senriasa bersama rakyat dalam
memperjuangkan kebenaran dan keadilan ini.
"Berdasarkan kepada sebab-sebab yang digariskan,
kami berharap agar memorandum ini mendapat perhatian yang
serius, seterusnya mempertimbangkan segala tuntutan-runrutan
di atas." Demonsrrasi pelajar itu berakhir sejam kemudian
selepas wakil pelajar selesai menyerahkan memorandum pelajar.
Doa dibaca dan turut diaminkan oleh pegawai
polis beragama Islam yang hadir. Mereka akhirnya berarak
keluar daripada perkarangan Seri Negeri dan meneruskan 'demonstrasi
ringkas' di jejantas berhampiran. Dr Nasir Hashim melahirkan
kegembiraan beliau terhadap perkembangan tersebut.
Beliau juga berharap Anwar Ibrahim turut berbangga
dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar untuk
membela nasib rakyat yang tertindas. Mungkin kata-kata beliau
itu boleh dianggap separuh benar kerana statistik rasmi
kerajaan sendiri (1990) menunjukkan kadar kemiskinan di
negeri-negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu berada pada
paras 29 peratus hingga 36 peratus berbanding 17 peratus
kadar kemiskinan negara. Malahan jurang antara golongan
kaya dengan mereka yang papa kedana semakin melebar. Golongan
petani, nelayan dan peneroka Felda terus terhimpit tanpa
disokong oleh dasar pembangunan khusus bagi menyantuni mereka.
Ingin mengemukakan
pandangan/komentar tentang kampus mailkan mengunakan form
hubungi editor